Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 6 November 2008

Obama dirai .. Osama dilupai ..-Malaysiakini

Tak sampai beberapa jam selepas pengiraan undian tamat dan kini dunia pula meraikan wira baru amerika syarikat yang menggantikan George Bush sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Obama kini dikira berkemampuan untuk merobah segalanya terutama dari segi membangunkan semula ekonomi amerika yang lumpuh teruk selepas jatuh disebabkan polisi yang diamalkan oleh bush.

Pada hari ini juga, Presiden baru, Barack Obama telah menyusun semula struktur pentadbiran amerika yang baru dengan mengumumkan dasar menarik balik sekatan yang dikenakan keatas IRAQ serta menghentikan penghantaran tentera amerika selain mengundurkan tentera dari bumi Iraq dan wilayah-wilayah disekitarnya.

Saya merasakan, presiden baru ini mempunyai visi dan misi tersendiri dan harapan saya moga-moga apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Disebalik kemenangan Obama sebagai presiden Amerika yang baru, apa pula cerita pakcik kita yang sorang nie , En Osama Ben Ladin. Misteri kehilangannya masih lagi menjadi tanda tanya hingga kini.

agak-agak apa pula pandangan En. Osama ini tentang presiden baru ini ?? mungkinkah polisi atau pandangan en. osama terhadap presiden baru ini sama seperti presiden sebelumnya ?? adakah akan ada permusuhan lagi seleoas ini ?? kita sama-sama tunggu dan lihat

Tiada ulasan: