Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 27 Oktober 2008

Kerajaan mahu kekalkan Undaung-undang Penjajah dalam Malaysia ??-Malaysiakini

BANDAR JENGKA 26 Okt. - Kerajaan diminta mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia memberi kesan positif terhadap kemajuan negara pada masa akan datang.

Pelbagai pihak yang ditemui di sini berpendapat, langkah mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah relevan dalam melahirkan generasi yang fasih bahasa itu.

Ketua UMNO Cawangan Jengka Satu, Abdullah Ani berkata, penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek itu amat perlu kepada pelajar di negara ini. ''Pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik akan memberi kesan negatif terhadap usaha meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa itu.

''Penilaian terhadap keberkesanan penguasaan bahasa Inggeris hanya berdasarkan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin tidak menepati standard ditetapkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang usahawan, Abdul Rahman Basri, 50, berpendapat, pengajaran Sains dan Matematik memberi kelebihan kepada pelajar bumiputera menguasai bahasa antarabangsa itu.Katanya, pelajar Melayu biasanya memerlukan sedikit tekanan supaya mereka tekun untuk menguasai bahasa Inggeris.

Beliau berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak harus dijadikan isu kerana pelajar mempunyai pilihan menjawab soalan yang dalam dwibahasa. ''Sekiranya pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dimansuhkan, tahap penguasaan bahasa itu khususnya bagi pelajar Melayu akan terus lemah,'' katanya.

Bekas guru besar, Ahmad Sabrey Idris, 52, berharap Kementerian Pelajaran dapat mencari mekanisme supaya keputusan berhubung isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris memberi situasi 'menang-menang.'

Menurutnya, situasi hampir serupa apabila kerajaan memansuhkan sekolah aliran Inggeris sekitar 1976 yang memberi kesan terhadap penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar Melayu.Ketika itu, tambah beliau, pelajar aliran Melayu begitu lemah dalam bahasa Inggeris sehingga sukar mendapat pekerjaan berbanding pelajar lepasan aliran Inggeris.


Pengerusi Persatuan Ketua-Ketua Kampung Malaysia, Mohd. Shahaimi Othman pula berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris merupakan satu usaha strategik untuk meningkatkan penguasaan generasi baru terhadap bahasa Inggeris.
Katanya, dasar itu adalah pelaburan jangka panjang negara untuk melahirkan bangsa yang bijak dan dapat berhujah dengan berkesan jika berhadapan dengan isu global di pentas antarabangsa.

Peneroka Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abd. Rahim, 50, berharap kementerian terbabit konsisten mempertahankan dasar itu sambil menambah baik terhadap pengupayaan pengajaran di bilik darjah.Bagaimanapun, katanya, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan pelajar kurang cergas dan di kawasan pedalaman dapat mengikuti pengajaran dengan berkesan.

ulasan :

pada pandangan saya, penghujjahan yang diberikan mengatakan bahawa bahasa inggeris mesti dikekalkan dalam pengajaran Sains dan matematik adalah satu perkara yang tidak praktikal. sepatutnya sebelum diusulkan, kita perlu lihat dulu kesan yang berlaku serta implikasi yang diterima sebelum ini. kebanyakan anak melayu gagal dalam bahasa inggeris dan saya nak bawa pandangan kenapa kita tak tirui macam jepun yang masih lagi menggunakan bahasa mereka dan tidak menggunakan bahasa asing sebaliknya menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa rasmi dan komunikasi.

sepertimana yang kita tahu sebelum ini bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa antarabangsa kenapa kini ia dipinggirkan. kalau dah orang nye melayu kenapa nak bermegah dengan bahasa penjajah ?? budaya pun ikut budaya penjajah ?? merdeka kah kita jika kita masih lagi mengekalkan undang-undang penjajah dan ideologi penjajah ??

1 ulasan:

Select_King berkata...

Kadang-kadang kita harus hadapi kenyataan, kita boleh bangga dengan bahasa kita sendiri tetapi jangan sampai merosakkan masa depan. Mungkin negara Jepun boleh berjaya kerana kemampuan mereka lebih tinggi jika dibandingkan dengan kita. Kalau kita sudah lemah hadapilah kenyataannya. 'If you can't beat them, join them' tak rugi kita mengikut sementara memperkuatkan kebolehan kita. Lihat pada bahasa kita, adakah ia stabil, sudah berapa kali berubah sejak merdeka. Kalau kita cuma fasih dalam bahasa sendiri kita tak dapat bertanding di pasaran luar. Berapakah negara lain yang mengunakkan bahasa kita? Jangan kata bahasa Inggeris, Madarin pun sekarang menjadi penting kerana pasaran yang besar di negara China. Ramai yang mempelajari bahasa Mandarin supaya boleh berurus niaga di sana. Kalau kita nak terus angkuh dengan bahasa Melayu, kita akan ketinggalan akhirnya. Siapa yang rugi? Apa yang saudara cadangkan bukannya tidak boleh dilaksanakan soalannya ialah bila mungkin dilaksanakan. Bilakah buku-buku rujukkan yang penting boleh diterjemahkan. jangan anggap cuma perlu terjemah buku-buku sekolah rendah sahaja, tanpa asas yang baik pelajar akan ketinggalan bila sampai ke universiti.