Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 3 September 2008

Ramadhan Bulan Menguruskan badan ??

assalamualaikum ...
alhamdulillah selesai ibadah malam keempat dalam bulan ramadhan ini. kadang ngantuk jugak bila nak layan blog nie tapi atas semangat yang ada untuk terus berkongsi pandangan dan pendapat saya gagahi juga mata ini. Ada orang kata bulan ramadhan yang kita lalui sekarang nie bulan untuk menguruskan badan especially bagi yang merasakan diri mereka sudah sampai ke tahap ''super heavyweight".
Tapi kadang terfikir gak, adakah tiba sahaja bulan ramadhan kita perlu pasang niat nak kuruskan badan sedangkan masa berbuka saja bermacam-macam juadah yang kita beli dan kita sediakan.Kadang rasa cam tak der guna jugak bila kuruskan badan yang dah sedia ada kurus macam papan lapis.Ala kulli hal tu masing-masing punya pendapatlah. Nak marah tak boleh pasal hak masing-masing dan makan n minum pun hak masing-masing so tak leh nak halanglah kalau seseorang tu nak melantak sampai puas.
perlu kita ingat disini sebenarnya apa falsafah sebenar puasa dan pengertian puasa serta hikmah puasa yang kita laksanakan.Jika kita fahami pengertian puasa sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara -perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.Maknanya puasa yang kita laksanakan ini adalah satu latihan atau traning yang diperintahkan oleh Allah bukan sahaja menahan diri kita daripada makan dan minum malahan menahan diri kita daripada melakukan perkara yang boleh membawa kepada maksiat dan mungkar. Sama juga konsepnya dengan solat sepertimana firman Allah SWT " sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang fahsa dan mungkar.
Firman Allah SWT berkenaan dengan puasa sepertimana yang dinyatakan dalam Alquran " Wahai Orang-orang yang beriman telah ditetapkan keatas kamu untuk berpuasa sepertimana kaum-kaum yang terdahulu moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa. Jelaslah pada kita bahawa falsafah puasa yang saya dapat simpulkan berdasarkan maksud firman Allah tadi ialah membentuk sahsiah serta peribadi mukmin yang sejati serta bertaqwa kepada Allah. Insya Allah saya akan jelaskan lagi dalam entry yang akan datang insya Allah.

Tiada ulasan: