Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 19 Ogos 2008

RESEPI UNTUK BULAN PUASE ... NASI ARAB

Hari ini saya ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja yang gemarkan masakan orang arab yang memang terkenal dengan makan banyak + makan daging banyak. Maqlubah ialah sejenis makanan orang arab yang mana nasi yang mereka masak bersama dengan daging lembu atau kambing atau ayam atau burung merpati. Ini adalah masakan yang tak lah 100% arab punye menu.. dah dikacuk lah konon-konon. . tapi tak apa.. masih mempunyai citarasa nasi Arab. hehe..

Bahan-Bahan: -
1) 1/2 kg daging atau geng2nya...
2) 3 cawan beras atau lebih...
3) sedikit halia
4) 3 sudu jintan putih dikisar halus
5) 7 biji lada hitam dikisar halus
6) marjerin 3 sudu
7) garam gula
8) Asam jawa
9) 1/2 kg buah tomato dipotong nipis
10) 10 ulas bawang merah ditumbuk
11) 7 ulas bawang putih ditumbuk
12) minyak sawit ( MINYAK MASAK DA..)

Cara Penyediaannya: -
1) daging
Gaulkan daging dengan serbuk jintan putih, halia, lada hitam dan 1/2 bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk. Perap selama lebih kurang 1/2 jam. Tumis 1/2 bawang merah dan bawang putih selebihnya dengan minyak sawit yang dicampur dengan marjerin beberapa minit sehingga nampak kekuningan. Masukkan daging yang diperap dan gaulkan dan masakkan selama lebih kurang 20 minit dengan api yang kecil. Periuk ditutup rapat.

2) Nasi
basuh beras sehingga betul-betul bersih. keringkan sekejap beras yang telah dibasuh dalam penapis selama 10 minit. Goreng setengah cawan beras tadi dalam sedikit minyak sehingga kekuningan dalam api yg kecil. Masukkan baki beras yang dikeringkan tadi dan gaulkan bersama beras yg telah kekuningan untuk 5 minit.

Masukkan daging yang di masak tadi kedalam beras yg digoreng dalam periuk dan digaul. Masukkan air secukupnya serta masukkan garam secukup rasa dan masakkan sehingga menjadi nasi. Sebolehnya dengan api yg sederhana. Anda pasti akan meleleh air liur menghidu baunya yang semerbak.. ;)

3) Tomato
tomato yang dipotong nipi-nipis digaul dengan air asam jawa secukup rasa. Jika anda sukakan masam lebihkan sedikit asam jawa tu. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. tomato ini untuk dimakan dengan nasi tadi. Kalau orang arab dia makan dengan sejenis pencicah dia mcm susu masam. jadi tomato ni lebih sesuai untuk citarasa orang melayu kita...

2 ulasan:

si lembik's berkata...

anta kena letakkan gambar nasi arab macam mana rupanya..barula terliuq ana melihatnya...bila mau jumpa..ada sedikit discusion mau bikin..plan nak ajak sebol sekali....

Ibnu Mohyeddin berkata...

dalam minggu depan boleh tak bro?? cz dalam minggu nie memang bz betul tak leh nak kata .. ngan kertas peksa budak pun satu hal lagi .. sok nak gi kursus lagi .. insya Allah dalam minggu depan ok kot. pasal nasi arab tu nanti akan dimasukkan insya Allah