Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 19 Ogos 2008

MENJELANG RAMADHAN

assalamualaikum salam perjuangan
tak sampai dua minggu lagi kita bakal menempuh satu bulan yang penuh dengan rahmat serta maghfirah. bulan yang cukup disukai oleh nabi besar kita Muhammad SAW seprtimana dalam sabda baginda " Rejab bulan Allah, Syaaban Bulanku dan Ramadhan bulan Ummatku." Bulan yang cukup bermakna bagi ummat islam dan orang mukmin yang ternanti-nantikan kehadirannya. tapi terdapat juga segelintir ummat islam yang kurang didikan agama menganggap kehadiran bulan ini sebagai satu bulan yang menyiksakan.Dan tak ketinggalan ada yang dah rancang yang nak ambik MC ( cuti dah) kononnya tak leh nak puasa alasannya gastrik lah dan sebagainya.

sepatutnya pada bulan ini kita sama sama tingkatkan amalan, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi dan lakukan reformasi dalam kehidupan kita.rasanya banyak fadhilat dalam bulan inicuma terpulanglah pada kita saja untuk merebutnya atau tidak. jangan sampai dah terlepas lailatul qadar baru nak cari. tapi sebelum kita berhadapan dengan bulan yang mulia ini apa persediaan kita untuk menghadapinya??
adakah kita telah bersedia untuk menghadapi bulan yang penuh dengan cabaran ini? dah bersediakah tubuh badan kita untuk di "overhoul" dalam tempoh masa 1 bulan qamariah ini. sama sama kita berusaha untuk menghadapinya.

Tiada ulasan: