Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 19 Ogos 2008

KESIAN AKU TENGOK MAHASISWA NIH

assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua.
berdasarkan tajuk entry kali nie saya nak menyatakan perasaan kesian pada adik mohd saiful bukhari bin azlan bukan kerana menyokong tindakan yang dilakukan keatas bekas majikannya , Datuk Seri Anwar bin Ibrahim tapi atas dasar sebagai bekas pelajar universiti. seperti yang kita dan para mahasiswa maklum bahawa mamat sorang nie adalah salah saorang daripada bekas pimpinan MPP di salah sebuah universiti milik sebuah agensi kerajaan. Kebiasaannya kalau seseorang pelajar yang masuk ke universiti nie kebanyakannya orang yang pandai dan seorang yang interlek. tapi apa yang menghairankan saya ialah bagaimana salah seorang daripada pelajar yang pandai ini dah jadi bebal dan bengap seolah-olah belum mumaiyyiz apabila sanggup dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Di mana nilai dan maruah diri seorag mahasiswa. wei .. aku pun mahasiswa gak tapi takderlah sanggup nak jual b****t kat orang. tak sudah dengan kes tu yang terbaru nie pulak dibuat perisytiharan sumpah laknat (mubahalah) mengatakan yang dia diliwat oleh majikannya. Dei tambi, hang tau tak akibat hang buat sumpah laknat tu ??? hang dah pikiaq masak-masak ka ??
hang memang sengaja nak jatuhkan maruah hang sendiri. Nampak sangat mamat sorang nie dah tak boleh dipercayai dan apa yang diperkatakan pun tak boleh dipercayai lagi.
yang satu lagi, nak sebut pasal mahasiswa dalam negeri .. mahasiswa luar negeri tu luar bidang kuasa KDN.Aku heran betul dengan gelagat mahasiswa dalam negeri khususnya yang berada di UITM.Sebelum nie kan kecoh bila cadangan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri khalid mencadangkan supaya kuota 10 peratus dibuka kepada pelajar bukan bumiputera. Bagi aku, perkara ini bukan satu masalah sebabnya anak melayu sekarang nie khusunya diuniversiti dalam negara dah terlalu manja dan banyak lemak. mana tidaknya nak apa pun semua dapat berbanding dengan pelajar luar negara yang terpaksa berusaha sendiri untuk mencari bantuan dan dana untuk diri sendiri. Lagi pun kenapa baru sekarang nie baru nak bantah pasal kuota tu. kenapa tak bantah semasa sistem meritokrasi mula-mula dilaksanakan di universiti atau IPT awan yang lain.
Nampak sangat perkara ini sengaja dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang dah nak kalah tapi tak nak mengaku kalah. sebelum nie dok ganggu kerajaan negeri pakatan rakyat dengan isu muzakarah lah muqabalah dan akhirnya semua belah. Ini pula dicucuk pula pelajar IPT untuk membantah. Korang ingat tak lagi Akta Auku yang tidak membenarkan para mahasiswa untuk berdemonstrasi satu ketika dulu. Nampak sekarang korang dah masuk jeratkan . so pihak berkuasa dan pihak berwajib dah boleh ambil tindakan pada melakukan perkara yang bertentangan dengan akta Auku. Kalau tidak sila beri ganti rugi pada mereka yang telah ditahan dalam demonstrasi sebelum ini.
Fikir rasional lah sikit adik2 ku.. dunia kita makin maju .. kalau korang masih lagi nak penuhkan lemak-lemak lagi silap haribulan bangsa lain akan tarok korang balik. Korang pun memang suka jadi hamba tebusan kan ?? so LU FIKIR LA YER ..

Tiada ulasan: