Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 23 Mac 2008

Solat dalam Garaj ???

BILANGAN umat Islam di Sepanyol semakin meningkat akhir-akhir ini, tetapi kemudahan ibadat mereka masih di takuk lama.Malah, di sesetengah kawasan mereka masih melakukan solat di flat, gedung dan garaj dalam keadaan serba kekurangan.Ini disebabkan masalah sumber kewangan untuk membina masjid atau masalah birokrasi pemerintah."Mendirikan solat di garaj dan di masjid tidak sama," kata Timbalan Presiden Persatuan Islam dan Kerjasama di Lleida, Hocine Kouitene kepada New York Times, baru-baru ini.Di sebuah bandar di Timur Laut negara itu hampir 1,000 orang Muslim berasak-asak di sebuah garaj yang dijadikan sebagai masjid untuk menunaikan solat Jumaat.Ada yang berhimpit-himpit membentukkan saf di atas lantai konkrit daripada bata di luar pintu besi garaj kerana menghadapi masalah kekurangan ruang."Kami mahu tempat bagi membolehkan kami mengerjakan solat dalam keadaan selesa, tanpa gangguan," kata Kouitene.Di negara Eropah Barat kedua terbesar itu selepas Perancis, dianggarkan terdapat satu hingga satu setengah juta umat Islam, berbanding kira-kira 45 juta penduduknya.Ini menunjukkan Islam menduduki tangga kedua selepas Katolik yang menjadi fahaman kepada hampir 80 peratus rakyatnya.Menurut sejarah, raja terakhir negara terbabit ditewaskan oleh raja dan permaisuri Katolik, Ferdinand dan Isabella, pada 1492.Akibatnya, masjid yang menjadi tempat ibadat orang Islam mula musnah atau diubah kepada gereja.Kemudian, baru beberapa masjid dibina bagi kegunaan masyarakat Muslim di beberapa kawasan di negara terbabit. Jumlah masjid yang sedikit itu membuatkan komuniti Muslim di tempat lain terpaksa menunaikan solat berjemaah dalam keadaan ala kadar di flat, gudang atau garaj.Ini sebagaimana berlaku di kawasan penempatan Muslim di Lleida, iaitu di bahagian barat wilayah autonomi Catalonia, yang kelihatan terabai.Seorang jurucakap Majlis Islam Catalan, Mohammed Halhoul, berkata sebuah masjid perlu diwujudkan supaya dapat berperanan sebagai satu pusat rujukan bagi umat Islam di kawasan terbabit.Umat Islam di sana umumnya menunjukkan isyarat positif terhadap pembinaan masjid. Persatuan Islam di Lleida misalnya mencapai persetujuan dengan dewan bandaran yang memberikan jaminan 50 tahun pajakan ke atas sebidang tanah kerajaan untuk pembinaan masjid.Kerajaan campuran di Catalonia ada menyerahkan draf undang-undang di parlimen wilayah pada Disember lalu, bagi mewajibkan kerajaan tempatan menyediakan tanah untuk pembinaan masjid. Tetapi cadangan itu ditentang oleh gereja Katolik. "Gereja, rumah ibadat orang Yahudi atau masjid bukan perkara yang sama," kata paderi besar Barcelona, Cardinal Luis Martnez Sistach.Dia mendakwa draf undang-undang itu adalah "melanggar kuasa kita untuk melaksanakan berkenaan hak utama, kebebasan beragama."Tetapi bagi sesetengah pihak, termasuk datuk bandar Lleida tidak bersetuju dengan dakwaan itu."Kita lakukan terhadap agama yang menonjol dan sekarang kita menghadapi banyak agama. Kita perlu mencari jalan menghadapi hakikat itu," katanya.Menurutnya, gereja adalah karya awam yang agung zaman pertengahan dan zaman pembaharuan Renaisans tetapi kini di setiap kota besar Sepanyol akan mempunyai sebuah masjid. - IslamOnline
Komentar Mujahid:
tu kat spanyol sampai tak muat boleh solat kat garaj kereta .. kat malaysia .. nak datang surau / masjid pun payah tiap ari .. datang pun kalau ada makan pada malam jemahat jer pasal baca yasin .. ermmm.. lu pikirlah sendirik ..

Tiada ulasan: