Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 23 Mac 2008

Masyarakat terlalu taksub sangat

KUALA LUMPUR: “Asal sakit sikit, mulalah dikatakan terkena buatan orang. Hinggakan sakit gigi pun dituduh akibat digigit hantu,” kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Dr Mohd Asri mengulas ketaksuban masyarakat negara ini yang mengaitkan semua penyakit yang dihidap dengan perbuatan sihir, seterusnya mendekati perbuatan khurafat apabila mempercayai bomoh atau kuasa tangkal.“Sesetengah orang terlalu taksub. Apa saja yang berlaku dikaitkan dengan sihir hingga mencetuskan fobia dan ketakutan masyarakat.“Seharusnya, sebaik berlaku musibah, contohnya sakit pada badan, seseorang itu perlu berjumpa doktor atau doktor pakar.
“Jika penyakit tidak dapat diubati melalui kaedah perubatan moden, baru berusaha melalui cara alternatif seperti bomoh,” katanya ketika dihubungi, semalam.Bagaimanapun, Dr Mohd Asri berkata, sihir itu sememangnya wujud dan ada kemungkinan seseorang boleh terkena sihir.Katanya, cara paling baik untuk mengelak terkena sihir ialah membaca al-Quran setiap hari seperti ayat tiga Qul pada setiap pagi dan petang.“Jika benar-benar terkena perbuatan sihir, berubatlah dengan individu yang menggunakan doa daripada ayat al-Quran, bukan yang mengamalkan amalan khurafat dan bertentangan dengan akidah Islam.“Tindakan itu boleh menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu dosa yang tidak diampuni Allah,” katanya.

komentar mujahid-serkam :
manusia yang kurang ilmu agama dan tak kuat iman saja yang selalu buat gitu .. kalau orang agama pun buat gitu memang tak patut ..

Tiada ulasan: