Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 23 Mac 2008

Keja Saper Nie ???

JOHOR BAHRU: Misteri tandas wanita di stesen minyak di Bukit Indah 1, Nusajaya, dekat sini, tersumbat sejak dua hari lalu membawa kepada penemuan janin bayi berbungkus plastik yang dibuang ke dalam saluran najis tandas itu, pagi semalam.Difahamkan, masalah air perlahan sebelum tandas tersumbat itu berlaku sejak dua hari lalu, menyebabkan pihak pengurusan stesen minyak berkenaan memanggil kontraktor penyelenggaraan untuk mengesan punca kejadian.Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata kira-kira jam 11 pagi semalam, pekerja terbabit membuka saluran najis di belakang tandas sebelum ternampak satu objek di dalam plastik.“Apabila plastik itu ditarik keluar, objek di dalamnya adalah janin bayi yang cukup sifat, dipercayai berusia enam atau tujuh bulan.“Hanya selepas pekerja penyelenggaraan dipanggil, barulah punca tandas tersumbat diketahui. Tiada kamera litar tertutup (CCTV) disediakan berhampiran tandas dan ia dibuka 24 jam sehari.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan sesiapa yang ada maklumat diminta hubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di 07-2212999 untuk membantu siasatan,” katanya.Dalam kejadian berasingan, orang ramai yang melalui jalan berhampiran Blok 15, Jalan Perjiranan 10/26, Pasir Gudang, dekat sini, gempar apabila menemui mayat bayi lelaki di dalam tong sampah di tepi jalan, jam 10.50 pagi semalam.Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata ketika ditemui, bayi itu cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan kerana masih diselaputi darah, manakala uri dan tali pusat belum dibuang.“Ketika ditemui, mayat bayi itu dalam keadaan dibungkus dengan kain tetapi nampak muka. Sebahagian besar penghuni flat itu adalah pekerja kilang dengan 90 peratus daripadanya Melayu dan berdasarkan kulit sawo matang bayi berkenaan, dia dipercayai keturunan Melayu,” katanya.“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada suspek ditahan. Kita memeriksa beberapa klinik berhampiran untuk mengesan wanita yang mendapatkan rawatan selepas bersalin, manakala mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat,” katanya.
Komentar Mujahid:
dah tak der kerja lain yang mulia lagi ker ?? nielah zaman jahiliyah moden dibawah pimpinan yang zalim .. time to make change lah ..

Tiada ulasan: