Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 13 November 2006

KEDUDUKAN ALQURAN DAN AS-SUNNAH

Mafhum Hadith Nabi SAW
Daripada Abu Hurairah R.A daripada Nabi SAW, baginda bersabda “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang teguh dengan keduanya iaitu kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulnya”

Huraian
Nabi Saw memerintahkan ummatnya supaya berpegang teguh dan beramal dengan apa yang terkandug di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan mereka tidak akan sesat buat selamanya selagimana mereka berpegang teguh serta beramal dengan apa yang dibawa dan siapa yang tidak berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh nabi SAW iaiyu Al-Quran dan As-Sunnah ,maka dia tidak akan dapat pertunjuk dari Allah sebaliknya dia akan sesat didunia dan akhirat.

Kedudukan Al-Quran As-Sunnah dalam Islam
Al Quran dan Sunnah merupakan rujukan utama dalam Islam yang memimpin manusia dalam menentukan kehidupannya di dunia dan akhirat dan ianya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dalam membimbing seseorang itu ke jalan kebenaran dan diredhai Allah.

Faktor Utama Kelemahan Umat Islam Masa Kini ialah kecuaian dan kelemahan mereka memahami dan mempraktikkan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW disamping tidak menghayati serta memahami ajaran Islam yang syumul selain mengambil ideology serta fahaman-fahaman yang jelas bertentangan dengan aqidah serta syariat Islam yang sebenar dan menjadikan undang-undang dan fahaman ciptaan manusia sebagai sumbertertinggi dalam Negara serta mengenepikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul. Buktinya umat Islam di Malaysia pada muta’akhir kini hilang rasa takut dan malu dengan ancaman serta murka Allah SWT. Anak muda dan remaja khususnya jahil dan tidak memahami ajaran islam yang sebenar serta memilih perkara dan ideology yang karut-marut serta sesat lagi menyesatkan sebagai panduan mereka.Tuntutan islam dan perndangan islam dipersempitkan sehinggakan ada antara mereka yang sanggup menghina serta membuat permohonan untuk meminda undang-undang islam disamping membuat penghinaan dan pandangan yang cukup jijik terhadap islam. Akibatnya apa yang kita dapat lihat hari ini , ummat islam hilang semangat jihad berbanding islam pada zaman Nubuwwah dan suka bertindak mengikut hawa nafsu tanpa merujuk kepada AlQuran dan As-Sunnah. Al-quran sendiri menggariskan supaya kita mencontohi Rasulullah S AW yang membawa rahmat untuk sekalian alam. Kesimpulannya, marilah kita sama-sama jadikan rasullullah sebagai “role model” kita dalam membina akhlak serta syakhsiah kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini

Langkah –langkah yang perlu diambil oleh ummat islam apabila berlaku perselisihan serta masalah yang melanda ummat pada waktu ini ialah merujuk masalah mereka kepada Al-Quran dan Sunnah dan mengambil penyelesaian daripada dua sumber rujukan. Ini kerana Al-Quran dan Sunnah merupakan panduan hidup ummat islam dan sumber hukum yang utama.

Tiada ulasan: