Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 20 November 2006

Pertarungan Antara Hak Dan Batil

Pertarungan antara haq dan batil merupakan pertarungan yang panjang dan menyedihkan. Golongan pelampau sepanjang sejarah hanya ingin melakukan kezaliman terhadap golongan beriman. Mereka juga sentiasa menyekat dan cuba melakukan fitnah terhadap orang-orang yang beriman serta menjauhkan daripada agama mereka. Allah SWT telah berfirman menceritakan tentang hakikat diri mereka agar kita berwaspada dengan mereka


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ وَلا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ(217)
Maksudnya :
"Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu)memalingkan kamu daripada agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian)." (al-Baqarah ayat 217)

Mereka sentiasa mahu mengubur dan menjejaskan kebenaran. Dengan itu, mereka sebenarnya menentang Allah dan RasulNya. Oleh itu, mereka sentiasa mendapat balasan yang adil daripada Allah SWT dan turun kepada mereka undang-undang azali yang telah ditetapkan buat mereka.

Allah SWT berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ فِي الأذَلِّينَ(20)كَتَبَ اللَّهُ لأغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ(21)
Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa." (al-Mujadilah ayat 20-21)
Firman Allah SWT lagi

وَلا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأبْصَارُ(42)
Maksudnya : "Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim ayat 42)

Pertarungan ini mengandungi banyak pengajaran dan peringatan yang mesti diambil pengajaran dan tidak boleh dilalaikan oleh orang-orang yang beriman. Ia adalah pertarungan yang pahit, mengundang luka yang banyak dan menuntut pengorbanan yang besar. Generasi Islam awal telah menanggung kesemuanya. Mereka yakin jika pertarungan menjadi lebih keras, kelam dan pekat, maka itu bermakna kemenangan semakin hampir, fajar sudah hampir menyinsing, kegelapan sudah hampir akan berakhir dan tibalah waktu di mana segala impian akan tercapai.Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah SWT melalui firmanNya :

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الأرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ(105) إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغًا لِقَوْمٍ عَابِدِينَ(106)
Maksudnya :
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh. Sesungguhnya al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu)."
(
Firman Allah SWT lagi

قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّهِ وَاصْبِرُوا إِنَّ الأرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ (128)

Maksudnya :
"(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
()
Sesungguhnya perjuangan yang mengandungi segala kepahitan itu pasti akan menyentuh jiwa kemanusiaan sedalam dalamnya. Ketika ujian telah mencapai tahap ini, maka pertarungan akan bertukar dan memberikan keuntungan kepada pihak kebenaran dan para pendokongnya. Manakala golongan yang zalim dan melampau akan mengalami kebinasaan. Golongan yang beriman, sabar dan berharap pembalasan baik daripada Allah akan memperoleh balasan yang berkekalan.

Firman Allah SWT

أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَابِيًا وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِي النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِثْلُهُ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ (17)

Maksudnya :
"Dia menurunkan hujan dri langit dan mengairi lembah-lembah dengan air tersebut menurut kadarnya yang ditetapkan tuhan untuk faedah makhlukNya.kemudian banjir itu membawa buih-buih yang terapung-apung. Dan dari benda yang dibakar api untuk dijadikan brang perhiasan atau perkakas yang diperlukan juga timbul buih-buih seperti itu. demikianlah Allah memberi contoh perkara yang benar dan perkara yang salah. Adapun buih itu akan hilang lenyaplah ia hanyut terbang meninggalkan benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal dibumi demikianlah Allah menerangkan missal perbandingan”

Para pendokong risalah dan pendakwah mestilah sentiasa berpegang dengan akidah keyakinan mereka yang menjadi paksi tertegaknya langit dan bumi. Mereka mesti beriman dan beramal dengannya. Ia adalah amanah yang mereka mesti menanggungnya setelah jihad, pengorbanan dan darah yang dicurahkan. Pendirian untuk menentang segala kekuatan kejahatan adalah suatu yang sudah jelas dan terang. Agama yang agung ini mesti kekal dalam tangan kita dalam keadaan selamat sejahtera sebagaimana ia diturunkan oleh Allah SWT. Ia adalah amanah yang mesti kita wariskan pula kepada generasi akan datang. Generasi akan datang mungkin lebih benar keyakinan mereka dan lebih mendalam keimanan mereka serta lebih hampir kepada merealisasikan kemenangan serta memperoleh kejayaan.

Kerana yang demikian itu adalah kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.Sehingga matlamat tersebut tercapai, kita berkewajipan untuk menghampirkan diri kepada al-Quran sama ada menghafal, membaca, memahami, mentadabbur (memerhati), mengambil ilmunya dan beramal dengan isi kandungannya. Kita berkewajipan untuk memahami al-Quran, beramal dengannya dan bergerak berdasarkan saranan-saranannya. Kita juga berkewajipan untuk menghayati segala permasalahan yang bersangkutan dengan kebenaran ini. Segala rahsia dan hikmatnya tidak akan terbuka untuk orang-orang yang hanya membacanya sahaja, tetapi bagi orang yang mengikuti segala arahannya dan beriman dengan segala janji Allah SWT.

Firman Allah SWT

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ رُسُلا إِلَى قَوْمِهِمْ فَجَاءُوهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَانْتَقَمْنَا مِنَ الَّذِينَ أَجْرَمُوا وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ (47)
Maksudnya:
“Sesungguhnya telah kami utuskan sebelum engkau (wahai Muhammad)beberapa rasul kepada kaumnya lalu mereka telah membawa keterangan –keterangan kepada mereka kemudian kami siksa orang-orang yang berdosa dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman."
(
FirmanNya lagi
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ(128)

Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

Allah SWT telah menceritakan kepada Nabi Muhammad saw kisah Yusuf AS. Yusuf telah mengalami pelbagai jenis mehnah dan tribulasi. Mehnah ketika bersama para saudaranya. Mehnah ketika berada dalam perigi. Mehnah ketika baginda dijual seperti barangan. Mehnah ketika menghadapi tipu daya yang dilakukan oleh kumpulan wanita. Kemudian mehnah ketika berada dalam penjara. Namun mehnah yang paling menekan dan menyempitkan jiwanya ialah bagaimana baginda dituduh dengan satu tuduhan palsu yang diada-adakan, tanpa sebarang siasatan dan penelitian. Kemudian kita dapati ketika berada dalam penjara, baginda tidak menyendiri dan menyepi serta menyesali nasib yang menimpa diri. Tetapi baginda mengerahkan seluruh perhatiannya kepada kebenaran dan risalah yang dengannya baginda dimuliakan oleh Allah SWT. Lalu lidahnya berkata-kata menerang dan mengajarkan akidah tauhid yang benar kepada rakan sepenjaranya. Baginda juga turut menerangkan tentang keyakinan terhadap akhirat sebagaimana dalam masa yang sama, baginda turut menerangkan tentang akidah keimanan yang batil.

Firman Allah SWT

قَالَ لا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِ إِلا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِ قَبْلَ أَنْ يَأْتِيَكُمَا ذَلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي إِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَهُمْ بِالآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ (37) وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائِي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ مَا كَانَ لَنَا أَنْ نُشْرِكَ بِاللَّهِ مِنْ شَيْءٍ ذَلِكَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَشْكُرُونَ (38)

Maksudnya :
" Berkata yusuf: tiada akan datang kepadamu makanan yang diberikan kepadamu,(tiap-tiap hari) melainkan aku terangkan kepadamu.demikian itu sebahagian pengajaran yang telah diajarkan tuhan kepadaku.sesungguhnya dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat. Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Ya'qub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Surah Yusuf, ayat 37-38)

Kemudian Nabi Allah Yusuf AS mengisytiharkan pendapatnya tentang keadaan orang ramai ketika. Baginda menjelaskannya dengan penuh berani, menyeru mereka sekuat hatinya hingga boleh menggegarkan perasaan mereka.

Firman Allah SWT

يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ مُتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ (39) مَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِهِ إِلا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلا لِلَّهِ أَمَرَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ (40)

Maksudnya :
Wahai sahabatku berdua yang terpenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa? Apa yang kamu sembah, yang lain daripada Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Surah Yusuf, ayat 39-40)

Kisah ini diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dalam suatu tempoh yang amat genting dalam sejarah dakwah, iaitu di antara Tahun Dukacita dengan sebab kematian Abu Talib dan Khadijah RA, dan Bai'at al-'Aqabah. Kisah ini menjadi penawar dan penyembuh kepada apa yang dialami oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda ketika itu. Bahkan ia juga turut menjadi penawar dan penyembuh kepada apa yang dihadapi oleh seluruh ummat Islam sepanjang zaman dan di segenap tempat hingga ke hari kiamat.

Allah SWT berfirman

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ(2) نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ (3)
Maksudnya:
"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman." (Surah Yusuf, ayat 2 dan 3)

Beliau adalah seorang yang mengikut al-Quran dan takutkan Allah kerana keimanannya terhadap perkara ghaib. Beliau mempunyai pendirian menarik ketika berhadapan dengan hati-hati manusia yang terkunci dan takabbur terhadap Allah, RasulNya dan dakwahNya. Beliau mendengar kebenaran, menyahutnya, seterusnya beriman dan berinteraksi dengannya. Beliau tidak mampu mendiamkan diri ketika berada dalam suasana yang menekan. Beliau memberi amaran keras kepada musuh Allah tentang bahaya yang mereka hadapi. Beliau juga telah mendengar ejekan yang pernah diucapkan oleh pihak musuh sebelum ini kepada golongan terdahulu yang berada pada jalan yang sama dengannya.

Firman Allah

قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ (18)
Maksudnya:
"Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Yasin, ayat 18)

Oleh itu, dakwah kebenaran bagi orang-orang yang sesat adalah satu kejahatan. Orang yang memikulnya pula adalah orang bersalah yang mesti didiamkan. Jika tidak diam, maka tindakan merejam dan menyeksa akan diambil terhadapnya. Namun demikian, lelaki beriman dari keluarga Yasin datang dari hujung bandar. Beliau berusaha dan berdiri di hadapan kaumnya yang mendusta, degil dan memberikan pelbagai ugutan. Beliau memberikan kepada mereka seruan yang sama. Beliau meminta daripada mereka agar mengikut para rasul. Beliau berbicara kepada mereka dengan penuh berani dan terus terang mengenai dirinya dan mengenai keimanannya. Kemudian beliau mengisytiharkan

إِنِّي آمَنْتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ (25)
"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)."Tetapi mereka terus membunuhnya tanpa bertangguh lagi, lalu Allah SWT terus mengangkat darjatnya untuk memasuki negeri kekal abadi yang mengandungi kemewahan dan bau-bauan yang semerbak mewangi, negeri yang penuh kemuliaan. (Surah Yasin, ayat 25):

Firman Allah SWT:

قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ(26) بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ (27)
Maksudnya :
"(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga." Ia berkata: "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui, tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan." (Surah Yasin 26 & 27):

Di sinilah bagaimana ketetapan Allah (qadar Allah) melakukan campurtangan bagi memberhentikan orang-orang yang melakukan pelampauan di atas muka bumi. Lalu malaikat Jibril melakukan satu laungan kepada mereka yang menyebabkan mereka terus terpadam dari atas muka bumi sebagaimana terpadamnya api. Dengan sekali laungan sahaja, kejahatan terus menghilangkan diri, kebatilan terus pergi tanpa kembali lagi.

Firman Allah SWT
إِنْ كَانَتْ إِلا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ (29)

Maksudnya : "(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi."

Pendirian meninggi diri yang diambil oleh golongan yang takabbur terhadap tuhan mereka adalah satu pendirian yang amat mendukacitakan. Ia adalah satu pendirian yang membingungkan dan memang layak untuk mendapat kesakitan, dikesali serta dijengkelkan. Sebab itulah Allah SWT berfirman

يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ رَسُولٍ إِلا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ (30)

Maksudnya :
"Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya." (Surah Yasin ayat 30)

Sesungguhnya darah para syuhadak adalah mahal dan tinggi kedudukannya di sisi Allah. Allah pasti akan membalas dendam atas darah yang ditumpahkan itu, meskipun selepas suatu tempoh yang lama. Kerana darah yang ditumpahkan itulah, sudah banyak kali orang-orang yang zalim tergelincir ke dalam lurah dalam dan gaung yang tidak berpenghujung, yang merupakan tempat yang amat menjelekkan.Para pendakwah hari ini amat perlu untuk menceduk dan mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku kepada mereka yang terdahulu agar kejayaan mudah dapat dicapai. Mereka hendaklah sentiasa menjadikan masa lalu sebagai panduan bagi menghadapi masa akan datang. Mereka juga hendaklah sentiasa mengkaji segala asas dan dasar yang memenangkan dakwah ketika pertarungan menentang para musuhnya dahulu ketika mereka sedang menghadapi suasana dan keadaan masa kini dan menjadikannya sebagai panduan untuk memperoleh manhaj yang paling afdhal dalam melakukan perubahan. Ini hendaklah dilakukan dalam rangka mereka mahu mengembalikan semula apa-apa sahaja yang telah terluput daripada mereka.

Semoga Allah memberikan pembukaan kepada mereka atau kemenangan daripada sisiNya. Itu semua tidaklah sukar dan sulit bagi Allah yang maha berkuasa. Zionis adalah perkataan yang dibenci. Bagi orang yang beriman, sepanjang sejarah ia menunjukkan kepada kehinaan, kerendahan, keganasan, permusuhan dan penyebab peperangan. Sebagaimana ia juga bermakna merampas hak orang lain, mempermain-mainkan nasib bangsa lain, merendah-rendahkan kehidupan mereka, zalim dan takabbur ketika berinteraksi dengan mereka, menghina asal usul mereka, menumpahkan darah mereka, menguasai mereka, dengki tanpa sebab terhadap mereka, membunuh kanak-kanak, memusnahkan orang tua, memenjara dan menyeksa orang-orang yang tidak bersalah.
Allah SWT menegaskan dengan terang melalui firmanNya

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبْعَثَنَّ عَلَيْهِمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ يَسُومُهُمْ سُوءَ الْعَذَابِ إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ (167)
Maksudnya :
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-A'raf ayat 167):

Ayat ini bukanlah janji tetap tentang azab seksa yang menghinakan yang menunggu orang-orang Yahudi dari masa ke semasa. Tetapi ia menerangkan satu hakikat yang dialami oleh orang-orang Yahudi semenjak mereka menukar gantikan ayat-ayat Allah, merubah isi kandungan kitab Taurat daripada maksud sebenarnya, kufur terhadap kebenaran, membunuh para nabi dan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Allah SWT telah memutuskan apabila mereka melakukan kerosakan, mereka akan diazab seksa dengan azab seksa yang amat pedih. Inilah sunnah ketetapan Allah. Setiap kali mereka kembali melakukan kerosakan, maka Allah SWT akan kembali mengenakan azab seksaNya terhadap mereka.

Firman Allah SWT
عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدْتُمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيرًا (8)
Maksudnya :"Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka)
, maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat)."

Tiada ulasan: