Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 10 November 2006

HUKUM MENUTUP AURAT

HUKUM MENUTUP AURAT


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30)وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون َ (31)

mafhumnya:
“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, :"hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"."katanlah kepada wanita-wanita yang beriman:"hendaklah mereka menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa daripadanya.dan hendalah mereka melabuhkan kain tudung mereka ke dada dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah mertua mereka atau anak-anak lelaki mereka atau anak-anak lelaki suami mereka atau saudara-saudara mereka atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka atau wanita-wanita islam atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. dan janganlah mereka memukul kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah SWT wahai orang-orang yang beriman semoga kamu beroleh keuntungan.

kenapa perlu tutup aurat ????

Seseorang wanita islam perlu menutup auratnya dari pandangan umum bertujuan untuk menjaga amanah Allah SWT dan mengelakkan diri dari berlaku fitnah serta perkara-perkara yang tidak baik selain mengelakkan diri daripada menarik minat lelaki untuk melihat dan mengajaknya untuk mendekati zina serta membezakan antara wanita mukmin dan wanita kafir dan mengelakkan diri daripada diganggu oleh lelaki yang jahat dan tidak berakhlak

Punca berlaku perkara yang tidak baik kepada wanita pada masa kini adalah kerana memakai pakaian yang mendedahkan aurat,menonjolkan bentuk tubuh badan dan menjolok mata contohnya pakaian yang menampakkan susuk tubuh, pakaian yang bagai tak cukup benang,pakaian ranggi dan menampakkan kawasan yang tak sepatutnya ditunjukkan (bahagian dada) dan anggota yang mengghairahkan. Selain itu berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan berlandaskan syarak kekurangan pengetahuan agama yang cukup didalam diri juga boleh menjadi punca seseorang itu tidak berakhlak mulia dan bersikap kurang sopan serta kasar di khalayak ramai contohnya penkid,mat dan minah rempit,skinhead,gothic dan sebagainya. Dan apa yang lebih penting, punca utama masalah ini berlaku adalah kerana tidak mentaati perintah Allah dan RasulNya. Ini adalah asbab utama atau pun kita boleh sifatkan sebagai simptom-simptom yang menular dalam masyarakat.selain itu pengaruh daripada luar yang masuk ke dalam pemikiran anak muda yang diracuni dengan hiburan –hiburan yang melalaikan dari ingat kepada Allah serta pandangan dan tanggapan yang salah dengan mengatakan iman seseorang bukan dilihat dari segi pakaian. Pandangan ini sama segali bertentangan dengan firman Allah SWT yang menyuruh orang yang mengucap kalimah syahadah untuk menutup auratnya.


Batasan aurat lelaki dan wanita muslim
Batasan aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut manakala aurat wanita pula adalah keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan kedua tangan dari jari hingga pergelangan tangan.

Cara untuk menjaga kehormatan diri
Cara untuk jaga kehormatan diri ini mudah sahaja dengan cara berpakaian menutup aurat ,bercakap dengan cara bersopan santun dan berakhlak mulia selain membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita dan mengelakkan diri daripada aktiviti atau program yang boleh membawa kepada maksiat dan zina. Cara seterusnya ialah dengan menjaga pandangan mata semasa berjalan dan wanitanya tidak berjalan seperti wanita jahiliyah yang berjalan menghentak-hentakkan kaki atau berlenggang-lenggok yang mengiurkan dan mencairkan hati lelaki yang memandangnya.

Cara berpakaian yang dibolehkan mengikut hukum syarak ialah pakaian yang menutup aurat serta tidak menampakkan susuk tubuh,yang tidak berlebih-lebih dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Lelaki dilarang untuk memakai pakaian wanita dan begitu juga waita juga dilarang berpakain dengan pakaian lelaki sepertimana yang berlaku ditanahair kita pada masa kini.

Keadaan yang diharuskan untuk melihat aurat bukan muhrim adalah untuk tujuan perubatan dan rawatan. Selain itu untuk tujuan belajar dan mengajar dan untuk tujuan perkahwinan atau pertunangan.

Tiada ulasan: