Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 30 Oktober 2006

SYAWAL : PESTA KEMENANGAN ATAU PESTA LEPAS GIAN ??

assalamualaikum ...
hari raya ..hari yang mulia sungguh bererti kepada kita.. tua muda miskin dan kaya menyambutnya dengan gembira ..
selamat hari raya aidilfitri semoga sahabat serta teman-teman yang mengunjungi blog saya ini berpuas hati dengan sajian blog yang saya sediakan. ramadhan kian berlalu dan kini terus dilupakan dikala kita kian terleka dengan sambutan aidilfitri dengan kedatangan syawal yang mulia, membawa sinar baru pada orang-orang yang telah berjaya melaksanakan ibadah selama sebulan. kini dah 7 hari kita merayakan aidilfitri. pelbagai juadah dan majlis rumah terbuka atau istilah orang putihnyer " open house" diadakan. tapi pernahkah kita terfikir yang kita buat selama nie dan yang kita alami selama nie. kita merayakan dan meraikan pesta kemenangan melawan hawa nafsu atau kita merayakan pesta membaham makanan yang kita kempunan selama nie ?? maaf andai emosi sikit almaklum masa puasa dulu tak leh nak melenting. bukan tak puashati atau nak melenting tak tentu pasal tapi nak kita fikir sama-sama tentang hadaf kita dan tujuan sebenar kita sambut aidilfitri. kekadang kita sanggup berhabis segalanya untuk beraya tapi bila time puasa lemah lah .. tak larat lah .. malaslah .. bila time nak raya semua nak abiskan duit .. apa citer nie ?? kita mengaku yang kita nie Islam dan beriman tapi terkadang apa yang islam suruh tak pernah kita ikut .. so sempena syawal yang masih ada lagi beberapa fasa nie sesama kita ubah diri kita kepada yang lebih baik .. lebih excited.. dari yang dulu .. salam lebaran salam aidilfitri .. maaf zahir dan batin .. dan kepada kawan-kawan yang ada dimalaysia khususnya dimelaka jemputlah datang rumah beraya yer .. tapi call dulu .. 0132610331.. wassalam

Tiada ulasan: