Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 6 Ogos 2006

KEINSAFAN LALU

sesekali hatiku berbicara
tentang hakikat nafsu dihati manusia
yang terlalu leka mengejar dunia
indahnya dimata namun sia-sia

hingga detik ini dikala usia berlari
aku masih termanggu menghitung nasib diri
adakah terus hanyut dengan arus duniawi
ataukah kembali ke sisimu ilahi

oh tuhanku ampuni dosaku
kerana derhaka pada perintahmu
kerana dahulu ku mengikut nafsu
namun segala nya menyeksa diriku

ya rabbi maafkanlah daku
kini kurasai indahnya kasihmu
pengampunanmu membahagiakan
aku belas ihsanmu menerima diriku

Tiada ulasan: