Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 2 Ogos 2006

AS + Israel vs Khilafah : Buku Dengan Ruas

Wahai kaum Muslimin! Dahulu kalian diperintah oleh Rasulullah yang begitu cintakan kalian, melayan kaum Muslimin dengan penuh kasih sayang, melayan musuh dengan penuh kekerasan. Kekuatan musuh tidak pernah menggentarkan Rasulullah. Rom dan Parsi yang merupakan super power pada waktu itu berjaya dikalahkan. Manusia setelah itu berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah dan mereka dipersatukan di bawah satu sistem pemerintahan. Kemudian Rasulullah mewariskan Sistem Pemerintahan ini kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka adalah pemimpin yang begitu takutkan Allah dan mengasihi serta menjaga kaum Muslimin. Mereka turut membuka negeri-negeri baru dan sekali lagi manusia beramai-ramai masuk ke dalam agama Allah. Seluruh negeri dipersatukan di bawah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh hanya seorang pemimpin yang bergelar Khalifah. Mereka menjaga darah kaum Muslimin kerana sayangkan kaum Muslimin dan takut kepada Allah.Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah mengisytiharkan jihad ke atas Yahudi Bani Qainuqa' hanya kerana tersingkapnya aurat seorang Muslimah. Khalifah al-Mu'tasim Billah tanpa berlengah terus membela seorang Muslimah yang dicabul oleh orang Romawi di kota Amuria. Hanya kerana membela seorang rakyatnya yang dinodai, sang Khalifah mengirimkan ratusan ribu pasukan kaum Muslimin hingga berhasil menakluki kota tersebut. Demikian pula Khalifah Abdul Hamid II yang bermati-matian mempertahankan tanah Palestin dari berbagai usaha Yahudi untuk mendudukinya, kerana keyakinan beliau bahawa tanah Palestin adalah tanah umat Islam yang wajib dijaga oleh seorang Khalifah.Para Khalifah memahami bahawa menjaga rakyatnya adalah tanggungjawab dan amanah yang Allah telah pikulkan ke atas bahu mereka. Mereka sentiasa ingat dan mematuhi perintah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam,"Imam (Khalifah) adalah laksana perisai (pelindung) di mana orang-orang berperang di belakangnya dan berlindung kepadanya". [HR Muslim].Sejarah Islam menjadi bukti yang jelas kepada kita betapa para Khalifah benar-benar menjaga rakyat mereka. Mereka berjuang untuk menyebarluaskan lagi Islam dan seterusnya menzahirkan agama Allah di muka bumi. Sejak dari zaman Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam sehinggalah ke zaman Daulah Khilafah Uthmaniah, para pemimpin kaum Muslimin benar-benar telah menyahut perintah Allah, memerangi orang kafir yang menjadi kewajiban bagi mereka,"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk" [TMQ at-Taubah (9):29].Wahai kaum Muslimin! Jenuh sudah kita menyaksikan kegagalan segala penyelesaian yang diambil. Sudah berapa kali umat Islam dipatuk dari lubang yang sama, tetapi masih juga mengulanginya. Tidakkah kalian terfikir bahawa segala cara yang ditempuh selama ini tidak pernah berhasil. Apa sahaja cara yang dilakukan tidak pernah dipedulikan oleh Israel. Mereka kononnya bersetuju berunding, namun pada masa yang sama mereka membunuh kaum Muslimin. Kemudian pemimpin kaum Muslimin duduk semeja lagi, berjabat tangan dan berunding lagi. Selepas itu kaum Muslimin dibunuh lagi. Itulah perkara yang berulang-ulang terjadi. Sedarlah wahai kaum Muslimin bahawa pemimpin kalian hanya bekerjasama dengan Yahudi dan tunduk patuh kepada Amerika dengan pelbagai perjanjian damai. Mereka hidup senang sebagai balasan ketaatan mereka kepada Amerika walhal anak isteri dan saudara-saudara kalian disembelih dan diperkosa oleh musuh-musuh Allah ini. Para pemimpin ini tidak menjaga kalian tetapi menjaga musuh kalian. Musuh-musuh Allah sentiasa bersatu untuk memusnahkan kalian, sebaliknya pemimpin kalian sentiasa bersatu untuk tidak membantu kalian.Pemimpin yang ada sekarang hanya melaungkan seruan-seruan kosong untuk menyatukan dunia Islam. Dalam masa yang sama mereka bahkan berharap pada PBB untuk bertindak, walhal jelas-jelas PBB hanyalah kuda tunggangan Amerika yang digunakan untuk menghancurkan umat Islam. Mereka langsung tidak kembali kepada Islam dalam menyelesaikan konflik berdarah ini. Wahai para pemimpin! Adakah Allah memerintahkan PBB (organisasi kafir) untuk menyelesaikan masalah umat Islam atau Allah memerintahkan kamu untuk menjaga darah umat Islam? Adakah kamu lebih takut kepada Amerika dari takutkan Allah? Tidak takutkah kamu kepada azab Allah yang akan menimpa kamu kerana pengkhianatan yang telah kamu lakukan ke atas kaum Muslimin? Umat Islam sekarang umpama anak ayam yang kehilangan ibu, tidak tahu di mana tempat bergantung dan arah tuju. Pemimpin mereka mengkhianati mereka dan mengikut telunjuk Barat.
Umat Islam sekarang benar-benar memerlukan pembelaan dari seorang Khalifah, yang akan menyelamatkan mereka dari tentera-tentera kuffar. Hanya Khalifahlah yang akan mengajar segala kebiadaban Israel dan AS ke atas kaum Muslimin. Hanya Khalifahlah yang akan menyeru kepada kesatuan negeri-negeri kaum Muslimin yang ada sekarang untuk bersatu di bawah Daulah Khilafah, seterusnya mengisytiharkan jihad ke atas Israel dan AS. Inilah penyatuan dan kekuatan sebenar umat Islam - bersatunya umat Islam di bawah satu Sistem Pemerintahan (Daulah Khilafah) yang akan menghancurkan kekuatan AS, Israel dan sekutu mereka. Penyatuan dan kekuatan ini telah wujud dahulu dan ia akan kembali wujud untuk menyelamatkan kita semua. InsyaAllah.

Wahai para pemimpin kaum Muslimin! Sampai bilakah kalian akan sedar dan bertaubat akan dosa-dosa kalian membiarkan Muslim Palestin menderita akibat kekejaman Yahudi Israel? Sampai bilakah kalian akan membiarkan dan mengkhianati saudara-saudara kalian yang sedang dihentam oleh Israel? Sampai bilakah kalian akan sedar kewajiban kalian untuk mengerahkan pasukan tentera yang kalian miliki untuk menyelamatkan saudara kalian? Bagaimana perasaan kalian menyaksikan ayah, ibu, keluarga dan saudara-saudara kalian yang lemah dilanyak oleh musuh, sementara kalian yang mempunyai kekuatan berpeluk tubuh menjadi penonton? Baculkah kalian dalam melindungi saudara-saudara kalian.Wahai tentera kaum Muslimin! Bukankah saat ini jantung-jantung kalian sepatutnya berdegup kencang, dan darah-darah kesatria kalian mendidih menyaksikan saudara-saudara kalian di Palestin dan Lebanon dibedil dan dibom oleh tentera Yahudi laknatullah? Adakah kalian sanggup hanya menjadi penonton, membiarkan saudara-saudara kalian di tembusi peluru-peluru tentera Israel? Bukankah kalian diasuh dan diajar dengan segala ilmu perang untuk menghadapi musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kalian? Tidakkah kalian terdorong walau sedikitpun untuk memberikan pertolongan kepada Muslim Palestin, padahal dengan itu kalian akan memperolehi satu di antara dua kebaikan, kemenangan atau mati syahid? Bukankah itu janji Rasulullah kepada kalian? Bahkan, sebagai tentera Muslim, bukankah kalian lebih wajib dan lebih layak membela saudara-saudara kalian yang Muslim, yang sedang menderita dijajah dan dibunuh Yahudi Israel, daripada mendukung para pemimpin kalian yang pengecut dan telah mengkhianati kaum Muslimin? Wahai kaum Muslimin! Saksikanlah, bahawa para pemimpin kalian tidak pernah memiliki rasa malu atas tindakan mereka selama ini membiarkan rakyat Palestin berjuang sendirian; bahawa mereka sama sekali tidak mahu bergerak untuk menyerang musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka demi menyelamatkan kaum Muslimin. Saksikanlah oleh kalian bahawa pemimpin kalian tidak pernah merasa bersalah tidak memerangi kaum kuffar yang memerangi Islam, walhal Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,"Perangilah mereka (orang-orang kafir itu), niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tangan kalian, menghinakan mereka, menolong kalian terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman". [TMQ at-Taubah (9):14].
Ya Allah, saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan

Tiada ulasan: