Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 6 Ogos 2006

BALADA DUNIA SEPI

menyingkap kisah zaman jahiliah
wanita-wanita hilang malunya
kehormatan dan harga diri mereka
bagaikan pasir dijalanan

yang miskin ditindas yang kaya membuas
tak hairan ihsan diri yang lemah
menurut nafsu bak raja dirimba
berleluasa insan berkuasa

hinanya maruah manusia
nyawa pun tiada harga
tiada siapa memperdulikanny
a bagaikan sampah terbuang

siapakah yang bersalah
diakah atau mereka

segala dosa dan jua noda
akhirnya luput dibias cahaya
sinaran islam kembali bertakhta
inilah janji dari yang esa

Tiada ulasan: