Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 2 Ogos 2006

100 juta pemuda ikrar lawan Israel

Indonesia, Malaysia akan serah memo kepada OIC
JAKARTA: Kira-kira 100 juta pemuda Indonesia dan Malaysia berikrar akan menggembleng sokongan pemimpin dan generasi muda dunia yang cintakan keamanan untuk menentang keganasan Israel yang terus menzalimi rakyat Palestin dan Lubnan.Sebagai langkah pertama usaha yang digerakkan bersama oleh Pemuda Umno Malaysia dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) itu ialah akan menyerahkan memorandum mendesak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bertindak tegas menghentikan kezaliman rejim Zionis itu.Kita akan menyerahkan memorandum suara 100 juta pemuda dua negara ini kepada pemimpin OIC yang akan mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur pada 3 Ogos ini,? kata Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media selepas perbincangan tertutup lebih tiga jam dengan KNPI di sini, semalam.Turut hadir pada sidang media itu ialah Presiden KNPI, Hasanuddin Yusuf dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Shamsul Anuar Nasarah.Hishammuddin berkata, memorandum itu antara lain menyatakan pendirian 100 juta pemuda yang mahu OIC bertindak pantas kerana gencatan senjata tiada ertinya jika bumi Lubnan dan Palestin sudah punah ranah dan hancur dibedil Israel.Beliau yang juga Menteri Pelajaran Malaysia berkata, tindakan Amerika Syarikat dan Israel iaitu pengganas dunia yang sebenar tidak dapat diterima siapa juga manusia yang waras dan berperikemanusiaan.Mengenai memorandum kepada OIC yang kini dipengerusikan Malaysia, beliau berkata, ia akan memberikan kekuatan kepada OIC sebagai gabungan terbesar 57 negara Islam untuk mengambil tindakan tegas menghentikan segera keganasan Israel.Pemuda di Malaysia dan Indonesia berpendirian bahawa kami perlu menyuarakan pandangan yang tegas dan keras kerana kamilah yang akan mencorakkan masa depan negara kami.Hasanuddin pula berkata, 100 juta pemuda kedua-dua negara juga akan membantu Palestin dan Lubnan termasuk doa dan solat hajat bersama besar-besaran. ? Bernama
Ketika makalah ini masih dalam penulisan, tentera Israel terus mengebom Palestin dan Selatan Lebanon. Israel telah mengerahkan beribu-ribu askar simpanannya ke sempadan Lebanon bagi mencari dan memusnahkan kedudukan Hizbullah. Sudah ribuan yang mati dan juga tercedera. Kementerian Kesihatan Awam Lebanon menganggarkan hampir 400 penduduk telah terbunuh sejak kali pertama serangan ke atas Hizbullah. Setakat ini jumlah yang cedera melebihi 1,350 orang. Sebagai reaksi atas apa yang berlaku, pada hari Jumaat yang lepas satu demonstrasi telah diadakan oleh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) yang berarak dari masjid menuju ke lima pejabat perwakilan negara Anggota Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagi menunjukkan bantahan serta menyerahkan memorandum terhadap kekejaman Israel kepada kedutaan Amerika Syarikat, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain, Kedutaan Perancis, Kedutaan Besar China dan Russia. Perarakan itu turut disertai wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Aman Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). [BH 23/07/06].
Demonstrasi juga telah diadakan di beberapa bandar utama di seluruh negara termasuklah di Kota Bharu yang dihadiri oleh lebih 5,000 orang. Begitu juga di Kuantan dan Ipoh di mana umat Islam telah mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan masjid selepas solat Jumaat. Tunjuk perasaan bagi membantah tindakan ganas Israel diadakan di seluruh dunia samada di negeri-negeri umat Islam mahupun di negara kafir sendiri. Di Dhaka, Bangladesh sekurang-kurangnya 2,000 penduduk berdemonstrasi. Tunjuk perasaan juga diadakan di Kashmir, Islamabad, Jakarta, Amman, Kaherah dan lain-lain lagi yang menyaksikan ribuan orang hadir bagi menyatakan bantahan ke atas keganasan Israel. Di Sydney dan Berlin, lebih 10,000 dilaporkan berhimpun. Ribuan penunjuk perasaan juga berhimpun di Sao Paulo, Copenhagen, Bern (Switzerland) dan Vienna. Sementara itu di kota London beribu-ribu orang bersiap sedia untuk menyertai bantahan besar-besaran di seluruh Britain bagi mengecam keganasan negara Yahudi itu. Bantahan di London sehingga ke Glasgow dan Kirkcaldy, turut dilihat menjadi tekanan ke atas kerajaan Britain. Andrew Burgin, wakil Stop the War Coalition, meramalkan 10,000 orang akan menyertai bantahan di London. [Agensi]

Tiada ulasan: