Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 26 Julai 2006

siapa pengganas sebenarnya nie ??

AS dedah Yahudi guna senjata WMD
BEIRUT: Sumber perisikan tentera Amerika Syarikat menyatakan tentera Israel menggunakan bom hampa gas pelbagai guna dan bom lain yang sebelum ini didakwa dimiliki Saddam Hussein yang juga senjata pemusnah besar (WMD).

Menurut sumber, meskipun kelongsong peluru meriam Israel ditanda sebagai bom antiperiuk api, bom terbabit boleh membawa kimia yang digunakan dalam bom thermobarik, sejenis bom yang menyedut oksigen.Bom ini mengandungi bahan letupan polimer atau bahan letupan minyak-air dan ia boleh menembusi bangunan, kubu bawah tanah atau terowong dan apabila diletupkan, ia akan menyedut oksigen dari ruang terbabit termasuk dari paru-paru mereka yang kebetulan berada berhampiran.Thermobarik ini menggunakan fius seperti yang dapat dilihat pada muncung kelongsong peluru meriam Israel. Laporan di Lubnan menyatakan, Israel menggunakan senjata hampa gas ini secara meluas di seluruh Lubnan.Bom ini juga boleh digunakan untuk bom kimia dan laporan menyatakan, ia digunakan di selatan Lubnan. Selain itu, bom terbabit boleh membawa fosforus putih, sejenis bahan yang menyebabkan kulit mencair tetapi tidak merosakkan pakaian mangsa.Di Iraq, tentera Amerika dikatakan menggunakan bom ini ke atas penduduk awal di Fallujah dan beberapa kawasan lain. Mayat mangsa menjadi reput selepas terkena bom ini.Gambar budak perempuan Lubnan yang menjadi cacat di Sidon selatan Lubnan, menjadi bukti penggunaan bom ini oleh tentera Israel, sama seperti gambar yang diperoleh pemberita televisyen RAI Itali. – Agensi

komentar :
1. boikot barangan kuffar
2.jauhi assabiyyah,qaumiyyah nasionalis
3.bina dan bangunkan islam yang sebenar

Tiada ulasan: