Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 20 Julai 2006

Umat Islam hina kerana meninggalkan jihad .. ummat melayu ???

MARANG, 19 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hari ini umat Islam berdepan dengan satu keadaan yang sangat menghinakan walaupun jumlahnya 1,300 juta di seluruh pelosok dunia.Katanya, di antara negara-negara umat Islam itu kaya raya dengan hasil bumi kurniaan Allah, mempunyai harta yang banyak dan berbangga dengan pembangunan-pembangunan serta slogan-slogan seperti Islam Hadhari dan lain-lain.Bagaimanapun, hari ini umat Islam diratah oleh musuh-musuh seperti yang berlaku di Palestin.“Umat Islam di Palestin menjadi mangsa kezaliman. Mereka yang menubuhkan kerajaan Islam yang mendaulatkan syariat Islam kini dikepong oleh Yahudi laknatullah, pemimpin dan menteri-menteri mereka ditangkap.“Bandar-bandar utama dikepong dan sudah ramai yang mati dibunuh,” ujarnya.
Sungguhpun begitu, ujarnya umat Islam Palestin tidak menyerah kalah sebaliknya bangkit menentang Yahudi dengan senjata-senjata lama buatan sendiri.Tambahnya, dalam masa yang sama kumpulan Hizbullah di selatan Lubnan, sebuah parti yang menegakkan Islam berusaha untuk membantu saudara-saudara mereka di Palestin.“Dan kini mereka masih berhadapan dengan serangan tentera Israel. Lubnan dikepong dari udara, laut dan darat,” katanya lagi.
Begitu juga, katanya golongan Islam di Somalia yang berjaya mengambil alih kuasa pemerintahan daripada kumpulan perompak dan lanun yang dibantu oleh Amerika telah berusaha untuk mengamankan negara itu dengan syariat Islamiah. Tetapi, tambahnya media-media Barat menggambarkan mereka ialah pengganas kerana mahu menegakkan kalimah Allah. Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa kesal kerana kerajaan-kerajaan umat Islam diam membisu dan tiada kenyataan-kenyataan yang mengutuk perkara itu.Ini, katanya kerana penyakit kasihkan dunia dan takutkan mati melanda umat Islam.“Mereka sanggup menukar agama dengan barangan dunia dan tidak bersedia untuk mati pada hal kematian itu adalah pasti,” ujarnya.
Menurutnya, keadaan sedemikian tidak berlaku kepada Rasulullah dan para sahabatnya yang menyahut seruan Allah bagi menyelamatkan orang-orang beriman yang masih tinggal di Mekah kerana tidak mampu berhijrah walaupun jumlah orang-orang Islam pada masa itu sedikit.Ini, katanya kerana mereka dilihat pada zahirnya lemah dan daif tetapi mempunyai keimanan dan kepercayaan yang kuat kepada Allah SWT.Tambahnya, mereka yakin bahawa Allah pasti menunaikan janji-Nya bagi menolong orang-orang beriman yang berjuang bagi menegakkan agama-Nya walaupun berdepan dengan musuh Islam yang lebih kuat pada zahirnya.
“Mereka yang kaya dengan iman ini bangkit menentang musuh-musuh Allah, menyelamatkan orang-orang yang beriman yang ditindas,” katanya.Oleh kerana itu, katanya pemerintah Islam yang masih berpegang kepada Islam di zaman masing-masing tidak meninggalkan kewajipan jihad.Jelasnya, Saidina Abu Bakar ketika dilantik menjadi khalifah menggantikan Rasulullah pernah menegaskan di dalam ucapannya bahawa tiadalah sesuatu kaum di kalangan umat Islam yang meninggalkan jihad melainkan Allah akan menimpakan bala dan dihinggapi kehinaan.

respon dari pendekar serkam :
1. sememangnya islam terus dihina dan kita boleh lihat bagaimana tiada seorang pun pemimpin negara kita yang ingin memperjuangkan islam yang sebenar bahkan lagi suka islam dipermainkan.
2. ini adalah natijah yang diperoleh selepas islam dilumpuhkan oleh ummat islam yang terlalu gilakan kuasa. world-world jugak beb tapi akhirat lu jangan lupa lah. kalau nak kejar dunia biar akhirat dah ada dalam tangan dan bekalan untuk kesana dah cukup untuk kita.
3. yang dah ada ilmu agama pula jangan khianat pada ilmu yang ada demi mengejar kebendaan dan keduniaan. biar kita dapat didunia dan akhirat pun dapat.4. kenapa dalam hati kita tak terdetik untuk menegakkan islam yang sebenar ??? fikir-fikirkan ..

Tiada ulasan: