Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 16 Julai 2006

kepimpinan melalui teladan

Guru merokok di sekolah punca pelajar terpengaruh
KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,100 pelajar berusia antara 10 hingga 12 tahun di negara ini mendakwa menjadi perokok kerana terpengaruh dengan guru yang merokok di sekolah.
Timbalan Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata lebih menyedihkan hasil kajian awal yang dilakukan jabatannya pada 2004 membabitkan kira-kira 30,000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara itu, kebanyakan mereka mula merokok seawal usia lima tahun.Beliau berkata, mereka juga mengakui terpengaruh dengan bapa yang merokok ketika berada di rumah dan pengaruh iklan di media cetak dan elektronik.“Mungkin selama ini kita beranggapan pengaruh rakan sebaya yang mendorong pelajar merokok, tetapi hakikatnya pengaruh guru menyumbang peratusan paling tinggi iaitu kira-kira 60 peratus.“Bagaimana kita hendak membendung masalah ini kerana guru tidak menunjukkan teladan baik. Mereka menghalang pelajar merokok tetapi pada masa sama mereka merokok dalam kawasan sekolah.“Ia sangat membimbangkan kerana berdasarkan kajian awal itu mendapati pelajar sanggup mengikat perut dengan menghabiskan duit belanja untuk membeli rokok berbanding membeli makanan,” katanya selepas merasmikan Kem Kesihatan dan Saringan Kanak-Kanak Kurang Zat Makanan Sempena Program Gerakan Tumpuan 2006 di sini, semalam.Program anjuran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persatuan Penduduk Taman Sri Sentosa itu bertujuan meningkatkan kesedaran keperluan menjaga kesihatan, selain memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit akibat pengambilan makanan kurang sihat.
Sallehudin berkata, berdasarkan kajian itu, kebanyakan pelajar berkongsi duit belanja untuk membeli rokok dan merokok sama ada ketika dalam perjalanan ke sekolah atau pulang ke rumah.
Beliau berkata, disebabkan perbuatan itu, kebanyakan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana kurang zat akibat tidak mempunyai duit membeli makanan berkhasiat, sekali gus menyebabkan daya tumpuan terjejas.Beliau berkata, kajian itu turut mendapati kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui anak mereka merokok kerana sibuk bekerja dan tidak mengambil peduli perkembangan anak.

p/s pendekarserkam
1. kepimpinan melalui teladan .. kemana tak tumpahnya kuah kalau tak kenasi ( pepatah melayu tu ) . seeloknya orang yang lebih tua tunjuk contoh yang terbaik tak kiralah cikgu ataupun sesiapa.

2. merokok membahayakan kesihatan dan haram disisi islam sebab merosakkan akal dan terdapat ulama yang menghukumkan sebagai makruh. kalau azahari yang merokok tu mungkin akhawat kita leh kata tak siqah .. kalau tak caya try tanya.

3.alternatifnya senang je nak ubatkan ketagih merokok nie ..
1. rendam rokok yang telah dihisap kedalam air kopi atau sebagainya kemudian minum insya Allah lepas tu comform tak ada yang nak merokok kan ?!

Tiada ulasan: