Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 20 Julai 2006

apa sudah jadi negara kita ???

KUMPULAN ARTIKEL 11 BERDEGIL MAHU TERUSKAN FORUM DI JOHOR BAHARU

JOHOR BAHARU 19 JULAI : Gabungan Article 11 yang akan tetap mengadakan forum awam seterusnya di Johor Bahru Sabtu ini, menegaskan bahawa ia tidak seharusnya dianggap sebagai ‘sensitif’ atau menghina mana-mana agama termasuk Islam.“Kita melihatnya sama seperti forum lain (untuk berbincang mengenai perlembagaan). Malah, kita memberi nafas kepada perlembagaan dengan mengadakan perbincangan seperti ini. Ia sama seperti mengadakan seminar mengenai keganasan rumahtangga, sebagai contohnya,” kata Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah.Sidang akhbar itu diadakan sebagai menjawab laporan dalam akhbar The Sun hari ini yang memetik kedua-dua parti politik itu meminta pihak polis dan Jabatan Agama Islam Johor supaya jangan membenarkan forum tersebut diadakan.Sudah jelas kepada kita bahawa kumpulan nampaknya semakin berani bertindak secara terang-terangan. Mereka berani kerana mereka tahu ada golongan atasan dan pemimpin serta anak-anak pemimpin yang sentiasa menyokong mereka.Sehingga ini, Gabungan Article 11 telah mengadakan tiga forum awam di Selangor, Pulau Pinang dan Melaka untuk membincangkan hak kebebasan beragama yang termeterai dalam Perlembagaan Persekutuan.Sementara itu Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman menyeru seluruh pemuda-pemudi Islam di Malaysia bangkit menentang segala bentuk usaha untuk menghakis kedaulatan Islam dari perlembagaan negara."Ini sahajalah undang-undang yang boleh menjamin keutuhan Islam di negara kita. Undang-undang lain seperti hudud, jenayah dan sebagai memang tidak pernah di pakai di negara kita. Kalau yang ini pun hendak dihapuskan maka sudah pasti Islam akan terhakis dan lama kelamaan akan berkubur" ujar Hj Salamat dengan bersemangat.
komentar dari pendekarserkam:
1. tu baru gabungan artikel 11 yang nak buat perbahasan. teman bukan nak sokong tapi kalau kita lihat dan nilai balik apa yang berlaku sebelum nie .. siapa yang mula mempertikaikan islam sebagai agama di malaysia khususnya sehingga ada yang sanggup menghina islam yang diamalkan sebagai cara hidup, yang mencipta pelbagai ideologi yang memecahkan umat islam kepada pelbagai fahaman. lemas kalau nak difikirkan.
2. yang rosak akhlak satu hal lagi .. nikan pula nak tangani antara kaum .. apa-apa hal pun seeloknya kita kembali pada islam yang sempurna dan islam yang dibawa oleh nabi SAW dan bukan menghina
.3. kalau kata kerajaan yang ada ini ingin memperjuangkan islam, kembalikan islam sepertimana islam zaman nabi SAW. ubah perundangan yang ada sekarang kepada perundangan islam.amar makruf dan nahi mungkar bukan amar makruf amar mungkar. 4. jangan tunduk pada pihak yang batil dengan alasan tak maju, kolot dan metarial.
firman Allah SWT : "Tidak akan redha kaum Yahudi dan Nasrani(selamanya) sehingga kamu mengikut agama mereka ( menuruti segala apa yang mereka kehendaki)
Sabda Nabi SAW :
Akan datang pada zaman ummatku,mereka akan menuruti kaum yahudi dan nasrani sejengkal demi sejengka, sehasta demi sehasta sehingga mereka Yahudi dan nasrani) masuk ke dalam lubang biawak pun nescaya mereka akan ikut.

kesimpulannya :
1. ilmu sebagai tunjang bagi aqidah ummat islam .. jangan pinggirkan ulama.
2. kalau tak tahu bertanya, jangan jadi "bodoh sombong"
3. perbetulkan diri perhiaskan peribadi dengan islam.
4. sebagai anak muda yang cintakan islam.. jangan biarkan islam dipijak-pijak dengan sebab kita mengejar dunia.azahari kita cammana ???

Tiada ulasan: