Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 26 Julai 2006

SELOKA MALAYSIA NEGARAKU

Aku sangat bertuah kerana dapat hidup dalam sebuah negara Islam yangsangat kuat semangat keIslamannya, iaitu Malaysia. Di sini ada banyak bukti yang menunjukkan yang Malaysia itu sebuah negara Islam. Sekali lagi aku rasa sangat bertuah!

1) Di Malaysia pemimpinnya melaungkan keIslaman, tapi satu hukumAllah pun tak dilaksanakan.
2) Di Malaysia ada Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa, tapi isikandungan Quran satu pun tak diendahkan.
3) Di Malaysia ada banyak kilang arak, disko, pelacur dan kelabdangdut, dan yang mengunjunginya orang Islam.
4) Di Malaysia ada Menteri yang mencadangkan panjangkan masa berhiburdi tengah malam, supaya negara Islam dapat membangun.
5) Di Malaysia tak boleh pakai kopiah, songkok atau serban masasekolah, tapi orang Singh pakai serban tak apa.
6) Di Malaysia ulama'nya dikeji difitnah dan dikongkong, tapi paderiKristian tak pernah dikeji oleh orang Kristian.
7) Di Malaysia wanita Islamnya ramai yang tak pakai tudung, tudung tuimej saja, takde kaitan dengan Islam.
8) Di Malaysia Islam dan kehidupan dipisahkan, masa sembahyangbertudung litup, lepas sembahyang tudung pun terbang.
9) Di Malaysia buat Islam Hadhari supaya maju, zaman kegemilanganIslam dibawa Nabi Muhammad s.a.w dulu tak cukup maju lagi, sebabtakde Islam Hadhari.
10) Di Malaysia ada banyak rancangan keagamaan dalam tv, antaranyaAkademi Fantasia dan Mentor. Kalau rancangan ni buat pukul 3 pagipun, orang akan bangun buat sembahyang tahajud depan tv.
11) Di Malaysia pemimpinnya rilek sahaja tengok perang kat negaralain, tengok sahaja orang Islam mati kena bom, dasar berkecuali yangdiperkenalkan sangat bagus sekali!.
12) Di Malaysia sekolah agama ditutup, tapi sekolah cina dan indiaterus dibuka, sebab sekolah agama ni boleh hasilkan pengganas Islam.Menteri Nazri kata, apa guna sekolah agama kalau gejala sosial masihberlaku.
Wah bijak betul menteriku ini!
Lihatlah dunia betapa Islamnya Malaysia ku ini! Aku rasa sangat bertuah sekali!

komentar dari pendekarserkam:
1. baliklah pada islam yang sebenar dan bukan islam yang dihadkan pada sesuatu.
2. imanku tercabar bila islam ku dicemuh dan dihina.. apa komen azahari yang lain ??

Tiada ulasan: