Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 10 Julai 2006

apa peranan azahari yang balik ????

HO CHI MINH: Kementerian Pelancongan mahu waktu operasi pusat hiburan termasuk kelab malam, restoran dan pub di bandar utama di Malaysia dilanjutkan hingga jam 5 pagi bagi membolehkan pelancong asing yang berkunjung menikmati aktiviti kehidupan malam dengan ceria.( cis..........xde akai ke hapa, tak tau ker dia, perkara ni boleh memberikan impak yang -ve pada masyarakat terutama pada golongan remaja..nak kaut keuntungan dengan nak tarik pelancong tapi dalam masa yang sama menggalakkan kehancuran akhlak remaja masa kini....)Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata lanjutan waktu operasi itu perlu dalam menarik minat pelancong asing bercuti di negara ini kerana keadaan sedia ada tidak menarik minat mereka berkunjung meskipun pelbagai promosi tarikan dilakukan.( memang la tak dapat sambutan pasal ko salah guna kuasa yang diberi..pastu nak buka disko sampai ke pagi....nak bagi manusia makin lalai....tak tau ke ngko yang majoriti yang ke disco tu orang melayu....????...memang jenis manusia yang betui2 xde otak la dia ni....)Beliau berkata, bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selain pusat tarikan pengunjung seperti pulau Langkawi seakan 'bandar tidak bernyawa' pada waktu malam berbanding di negara jiran terdekat seperti Singapura dan Thailand.( laa, yang ko nak ikut Negara tu buek apo....kan ke kat sana ramai orang kapir....ketua pemimpin mereka pun kafir....jangan sampai terikut-ikut rentak mereka....dimana persepsi dan ketrampilan pada setiap pemimpin UMNO ini....geram sungguh aku....rasa nak semelih jer si Adnan ni....cakap main ikut sedap mulut dia jer.....)"Bandar raya seperti Kuala Lumpur sangat 'malap' pada waktu malam, tiada aktiviti hiburan, mereka (pelancong asing) tidak tahu buat apa selepas jam 12 malam, pusat membeli-belah pun tutup jam 10 malam.( dah tengah malam buek apo nak jalan2 p la tido....sok pagi depa bole round lagi.....itu pun nak kena ajar ker.....apa la PAK LAH, amik anak buah yang sengal untuk diserapkan didalam kabinet.....jangan pasal nak ikutkan kehendak si pelancong ni ko sanggup nak gadaikan maruah anak bangsa kita....PAS makin doknak atasi masalah gejala sosial ko pulak nak ikut kepala otak sekular ko....kang mati katak dibueknya baru ko tau )"Walaupun segelintir tempat menyediakan aktiviti malam, mereka tidak tahu tempat berkenaan, oleh itu, perkara ini (waktu operasi) perlu diselaras kerana ia membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara yang memberi lesen dan menguatkuasa undang-undang," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pelancongan Ho Chi Minh, Nguyen Thi Lap Quoc, di sini, petang semalam.( aku rasa, biar cepat si Adnan jatuh...memang xboleh nak pakai menteri macam ni....aku rasa dia ni dah nyanyuk tahap maxima la...)Tengku Adnan berada di bandar raya ini dua hari, bermula kelmarin, sempena mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07).( satu agenda yang dok PERABIHKAN DUIT NEGARA tapi tak membawa keuntungan bahkan membawa malapetaka....Ya Allah, moga Malaysia ni tak jadi seperti Negara Indonesia....moga cepat jatuh pemerintahan Barisan Nasional ni )Sementara itu, Tengku Adnan berkata perkara itu perlu dilaksana segera kerana ia membantu meningkatkan pembangunan industri pelancongan negara yang menjadi salah satu sektor utama yang menyumbang pendapatan negara.( ni bukan nak sumbang pendapatan Negara, ni nak sumbang maksiat pakcik oiiiiiii....tak kan tak belaja agama....??? ops, lupa lak yang kat masjid UMNO mana ajar detail perkara ni...paling koman pun ajar pasal semayang & pose )Beliau berkata, tambahan pula, kerajaan kian giat melakukan pelbagai usaha menarik pelancong sempena TMM07 tahun depan selain bagi mencapai sasaran 24 juta pelancong menjelang 2010.( memang dah sah orang tua sekor ni dah xde idea....bagi aku si Adnan dah patut pencen la....dah kira tahap xpired dia ni......kalo makanan yang dah xpired date bole bikin sakit perut tapi bila otak dah xpired pada setiap pemimpin silap2 ari bulan boleh datangnya kejatuhan pada Negara.....)"Lanjutan waktu operasi di pusat karoake, pub, kelab malam dan restoran yang menyediakan aktiviti bersih ini perlu dilaksanakan segera terutama di lokasi tarikan pelancong seperti kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.( ceh....memang tak tau apa yang dikatakan bersih.....aku rasa pas ni aku nak kirimkan buku kamus dewan bahasa dan pustaka & buku feqah, biar dia tau apa itu bersih )"Namun bagi pusat hiburan berhampiran kawasan perumahan, ia tidak dibenarkan kerana ia boleh menganggu ketenteraman awam," katanya.( lawaknya...boleh bikin GROUP SENARIO yang baru takpun boleh join group SENARIO yang ada la ni...pandai pulak si budak tua ni ckp menganggu ketenteraman awam.....abih tu, ko tak piker yang ko dah ganggu aqidah orang ISLAM kat Malaysia ni...........??? )Tengku Adnan, berkata pihaknya sebelum ini sudah berbincang perkara itu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hassan dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique, namun sehingga kini belum sebarang keputusan berhubung perkara itu.( kalo depa setuju, aku rasa kita kena protes abis-abisan....biaq depa kenal dan tau yang maruah orang ISLAM tak boleh dijual beli dengan cara sebegini )"Secara asasnya, mereka bersetuju dan masih mengkaji perkara itu. Saya harap penggubalan undang-undang mengenai perkara itu dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.( memangla ko setuju pasal cadangan ko, tambahan ko pun nak berhibur sama sampai ke pagi.....tak gitu....??? )Ditanya mengenai kesan negatif cadangan itu sekiranya dilaksanakan, Tengku Adnan, berkata perkara itu boleh dilaksanakan dengan baik sekiranya penguatkuasaan dapat dilakukan dengan berkesan.( ceh penguatkuasa konon....penguatkuasa tengkorak kamu........dulu majlis agama Islam kuala Lumpur nak tubuhkan pasukan khas nak cegah maksiat depa tolak....ni yang sedia ada belum tentu cukup tangan nak tangani.....tula, kang aku cakap menteri ni sengal ko marah aku pulak....)"Perkara ini berkaitan dengan penguatkuasaan, kalau kurang umur, memang tidak boleh masuk ke tempat macam itu.( ceh, ko tak penah buat pemantaun boleh la cakap lagu tu...ko try p skali mana2 disco kat Malaysia...hmmmmmmm ko tak tau betapa lalai & alpanya mereka bila dihanyutkan dengan lagu setan & rentak2 yang keras....tak masuk lagi ngan minuman yang lagila boleh mengeraskan tubuh badan....)"Kita tidak boleh menidakkan cara hidup pelancong asing yang suka berhibur dan 'minum' dan kita kena mendidik rakyat kita, perkara mana yang baik dan tidak baik.( ko nak ajar rakyat pulak, ko tu sapa...alim ulama' ker....cakap ikut sedap mulut jer....)"Selama ini, Malaysia mengamalkan toleransi dalam pelbagai hal termasuk beragama, mungkin orang tidak suka saya cakap begini, namun kita kena praktikal," katanya.( memang nak kena guling menteri ni....dasar tak hormati orang yang beragama Islam....asyik nak hormati warga asing sampai kepala Orang Islam kat Malaysia ni kena pijak pun nak toleransi juga ker....?? Malaysia ni majority orang Islam jadi depa kena ikut kehendak kita...depa datang Malaysia takkan kita nak kena ikut telunjuk depa....?? Sengal sungguh si budak tua ini )Beliau juga meminta kerajaan mengkaji semula kadar cukai terhadap minuman beralkohol di negara ini yang disifatkan terlalu tinggi sehingga menyebabkan pelancong asing mengeluh.( ciss....makin banyak la arak berada kat Malaysia pas ni....ni bukan nak Bantu....tapi nak pelingkup Negara....dia ni nak jadi Kamal Artartuk Malaysia ker.....??? )"Minuman seperti 'beer' dan 'wine' menjadi minuman harian mereka, masa makan pun mereka minum.( depa yang minum, orang Islam mana bole minum....buek apa nak ikut kehendak depa )"Kadar harga di negara ini terlalu tinggi, sehingga beratus ringgit sebotol. Kalau kadar cukai minuman keras dinaikkan tidak mengapa, tetapi yang kurang keras ini perlu diteliti semula," katanya.( tolongla berfikir kawan2 sekalian..kalo macam ni sikap menteri kita, tak mustahil negara kita ni jadi macam negara barat.....aku berharap sangatla, walaupun aku ni bukan orang yang mampu beri sumbangan pada Negara tapi aku tetapkan sayang tanah airku & agamaku....mari kita sama2 wat pilihan yang setepatnya untuk pilihanraya akan datang....jatuhkan pemerintahan yang ada dan buat pilihan yang baru....dah 50 tahun BN memerintah tapi tiada kemajuan yang dapat kita lihat pada bangsa kita....murtad semakin berleluasa, baru2 ini aku dkhabarkan borang permohonan untuk orang yang ingin bertukar dari agama Islam ke agama lain setinggi hampir 2 kaki....ini berlaku di selangor....memang aku harap sangat agar Malaysia ini mendapat pucuk kepimpinan yang baru agar undang2 yang sedia ada ini boleh digubal semula.....undang-undang yang sedia ada semuanya berdasarkan undang2 sekular.........renung2kan lah........

Tiada ulasan: