Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 10 Julai 2006

apa sudah terjadi ????

sedutan daripada Jasindaily

PUTRAJAYA: Pihak yang melakukan kajian dan mendapati 100,000 orang Islam murtad diminta menyerahkan laporan itu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.( terima kasih Datuk Seri Harussani Zakaria kerana membangkitkan isu ini...)Kelmarin, Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata beliau menerima laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa beribu-ribu umat Islam di negara ini murtad. ( isu ini perlu diperbincangkan dengan lebih serius..tapi jika mufti Perak jer yang bersuara adakah perkara ini dapat diatasi...???..aku lihat jarang pemimpin negara kita @ majlis Agama mengutarakan isu ini.....yang dok sibuknya hanyala ngan naikkan harga minyak, tarif letrik & yang terbaru pasal isu nak 'up' kan masa kelab2 malam beroperasi hingga jam 5 pagi..kononnya nak beri peluang pada pelancong menikmati suasana pada waktu malam....ceh buang karan sungguh...)
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, Jakim tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan terdapat 100,000 umat Islam di negara ini murtad.( hah baru aku komen dah Pengarah JAKIM kuar statement lagu tu..katanya xdapat dakwaan yang umat Islam kat negara ni murtad..apa bondonya ni cik abang oiii..hangpa dok buek kojo macam mana.????..ingat sikit, puak2 kristian berusaha macam2 cara nak murtadkan orang Melayu Islam...antara kaedahn, siap tabur risalah kat atas jalan....peguam zulkifli Nordin yang banyak kendalikan kes murtad ada beri info tika dalam ceramahnya di Melaka pada bulan 8, 2005, dimana puluhan ribu orang Islam di Negara kita sudah dimurtadkan...tapi Si Tapa ni cakap xde kenyataan yang mengesahkan orang Islam kat Malaysia ni dah ramai yang murtad......teruk dah Jabatan Agama kita ni...)
Beliau berkata, Jakim sendiri ada membuat kajian mengenai hal itu lima atau enam tahun lalu tetapi beliau tidak menyatakan jumlah orang Islam yang keluar daripada agama itu.( bole percaya ke ni....???...ingat, kat dunio ni hangpa memang lepas, tapi kat akhirat kelak, hangpa jawab la sendiri ngan Allah S.W.T )
Katanya, pihaknya berusaha mencari jalan untuk membantu golongan yang murtad itu kembali ke pangkal jalan.( usaha..???...takkan dengan beri kaunseling jer kot...)
"Ini dakwaan saja. Kita tiada laporan. Saya harap kumpulan yang melakukan kajian itu memberi satu salinan kepada Jakim," katanya.
Dalam laporan akhbar semalam, Harussani berkata, seorang wanita bergelar 'ustazah' turut mengetuai kumpulan murtad itu dan laporan mengenai perkara itu disampaikan kepadanya di ibu negara tahun lalu dengan jumlah mereka yang murtad mencapai sehingga 100,000 orang.
Mustafa berkata, antara usaha yang boleh dilakukan Jakim ialah memberi kaunseling kepada umat Islam yang memohon untuk murtad atau sudah keluar daripada agama Islam.( kaunseling jer...bagi puak kristian yang cuba nak mem'MURTADKAN'kan orang pula macam mana...????...xde usaha nak atasi ker....???.. )
Katanya, kaunseling biasanya dilakukan Jabatan Agama Islam negeri selepas pemohon datang untuk menukar agama.
Beliau berkata, biasanya wanita Islam yang ingin berkahwin dengan lelaki bukan Islam yang memohon untuk menukar agama.( senang, laksanakan hukum hudud...tapi tula, hangpa takut sangat ngan pemimpin2 yang ada..suma nak harap pada PAS jer bersuara.....)
"Mula-mula lelaki ini masuk Islam tetapi menyeleweng kemudian," katanya.Mustafa berkata, Jakim juga tidak mempunyai banyak maklumat mengenai kumpulan yang memohon menukar agama menerusi permohonan menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara.( tiada gunanya kita mencapai kejayaan yang cemerlang dari segi ekonomi dan teknologi tetapi sebaliknya kita mengalami kerugian yang besar dari aspek keagamaan dan keruntuhan moral yang semakin meruncing masa kini...)
Bagaimanapun, katanya berdasarkan kajian Jakim, antara golongan utama yang murtad ialah saudara baru seperti Orang Asli dan lelaki yang berkahwin dengan wanita Islam.( sepatutnya mereka nilah yang diberi pemantauan yang lebih agar masalah ni tidak timbul, tapi cuba hangpa perjelaskan..bagaimana depa ini dibimbing selepas masuk ISLAM...??? )
Beliau berkata, masalah timbul selepas pasangan bercerai dan lelaki berkenaan mahu kembali ke agama asal.( sepatutnya usaha nak atasi masalah ni perlu dkaji dan dirancang dari awal dan dipinda dari masa kesemasa agar masalah sebegini dapat diatasi...bagi aku lebih baik depa sound pemimpin yang ada agar gubal undang2 & buat hukum Islam kat Malaysia ni..berani kerana benar pakcik oiii...!!!.INGAT.., rezeki suma dari Allah bukan dari depa..depa dah tentu ngan kerja2 depa yang xmau bawa Islam, tapi yang hangpa ni dah ada 'title Islam, berusahalah untuk melebarkan sayap ISLAM...jangan dok goyang kaki jer....buat kajian ngan lebih mendalam lagi..INGAT..!!..pemimpin kita yang ada la ni banyak pemikiran mereka yang dok merapu jer...aku minta maaf jika ada kekurangan dari ayat kali ini..cuma aku harapkan pembaca sekalian bawa2la berpikir & renung2kan lah...moga kita dapat kesedaran melalui perkara ini...)

Tiada ulasan: