Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 9 Julai 2006

Israel musnah satu lagi pintu laluan ke tanah suci ke-3 Islam

BAITULMAQDIS: Israel memperluaskan lagi keganasannya dengan merobohkan salah satu daripada tujuh pintu masuk utama ke Masjid al-Aqsa.

Tindakan rejim Zionis itu disifatkan sebagai satu cubaan langsung rejim Yahudi untuk mengehadkan lagi laluan penduduk Palestin ke masjid berkenaan.

Media Palestin melaporkan, Jabatan Arkeologi Israel sudah memutuskan merobohkan Pintu Bab Al-Magharbeh yang terletak di salah satu daripada kawasan sensitif di Baitulmaqdis Timur.Pemerhati tempatan menyifatkan Israel mengambil kesempatan ketika kerajaan Palestin lumpuh akibat operasi kejam Yahudi di Semenanjung Gaza.Ini, kata mereka, menjadi peluang paling mudah bagi Israel melaksanakan pelan jahatnya secara senyap-senyap.Pada Februari 2004, sebahagian tembok setinggi 10 meter yang menjadi antara tiang utama konpleks Masjid al-Aqsa itu, runtuh.Pihak Palestin mendakwa, kejadian itu akibat usaha arkeologi, termasuk perbuatan mengorek tanah di sekitar dan di bawah masjid.Malah, kerja pengorekan Israel dilakukan sejak sekian lamanya atas alasan mencari bukti wujudnya kuil Yahudi.Usaha pengorekan Israel dimulakan di kawasan seluas 70 meter persegi di bawah bahagian selatan tembok al-Aqsa, pada 1967-1968 yang masih berterusan sehingga kini. – AgensiFAKTAKegiatan Israel di al-Aqsa
Mengorek bawah tanah Masjidil Aqsa sejak 1968
Rekahan serius berlaku di ruang masjid pada 1970
Kegiatan mengorek dilakukan di sebelah selatan tembok masjid dan di bawah pentas khutbah pada 1972
Rejim Yahudi mengumumkan penemuan terowong di bawah Masjid Kubah Batu (Masjid Omar yang terletak bertentangan Masjidil Aqsa) dan al-Aqsa pada 1981
Terowong dikorek di bawah Masjidil Aqsa pada 1996

persoalannya ??? kemana hilangnya kejantanan dan kelelakian pemuda islam masa kini sehingga sanggup melihat bumi alaqsa diperkosa dan dirogol tanpa belas kasihan ???

Tiada ulasan: