Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 7 Mei 2006

CARA AWAN BERTASBIH ???? UNTUK RENUNGAN BERSAMA

KEJADIAN petir yang melanda negara ini sehingga mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda adalah kehendak Allah. Imam Besar Masjid Putra, Datuk Syaikh Ismail Muhammad Al-Hafiz, berkata ia juga untuk menguji umatnya dan salah satu cara makhluknya bertasbih.“Kita sebagai manusia tidak tahu bagaimana makhluk ciptaan-Nya yang lain bertasbih dan memuji kebesaran Allah.“Ada kemungkinan petir itu, cara awan bertasbih. Jika ada yang dipanah ia adalah ketentuan dari Allah yang kita sendiri tidak mengetahui apa yang diinginkan oleh-Nya,” katanya.Ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Israa’ ayat ke-44 yang bermaksud;“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”.Mengenai pendapat orang tua bahawa petir menyambar syaitan, beliau berkata, teori itu masih samar kerana Allah SWT mampu menjadikan sesuatu walaupun di luar jangkauan manusia. Segala yang berlaku hendaklah dikaitkan dengan kekuasaan Allah SWT sebagai ujian kepada hambanya. “Apa yang penting, setiap kali petir, kita harus bertasbih dan berdoa semoga dapat mengelak daripada dibinasakan dengan cara sedemikian,” katanya.

Tiada ulasan: