Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 10 Mei 2006

Hati hati bila membeli coklat....

Israel Guna Coklat Bunuh Pejuang Palestin
BAITULMAQDIS : Agensi perkhidmatan rahsia Israel, Mossad telah berjaya membunuh seorang lelaki Palestin yang disyaki perampas pesawat dengan memberikannya coklat Belgium yang diracun selama enam bulan pada lewat 1970-an.Rancangan pembunuhan tersebut didedahkan secara terperinci dalam buku berjudul Striking Back yang menunjukkan kecanggihan usaha pembunuhan terancang Israel.Dalam buku tersebut, penulis, Aaron Klein menggambarkan operasi Israel menjejaki Wadia Haddad, anggota Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin di Baghdad.Wadia melarikan diri ke Baghdad selepas Israel mula membunuh para pejuang Palestin di seluruh dunia.
Wadia yang disyaki terbabit dalam beberapa rampasan termasuk ke atas pesawat Air France di Entebbe, Uganda mengetahui taktik Israel yang akan menembak atau mengebomnya semasa sedang berjalan-jalan atau menjawab telefon.Menurut Klien yang merupakan koresponden majalah TIME di sini, Wadia sentiasa berhati-hati dalam pergerakannya telah mengelak daripada keluar dari Iraq, tetapi kelemahan utamanya adalah coklat.Melalui seorang pembelot Palestin yang rapat dengan Wadia, Mossad telah membekalkan coklat dari Belgium dan berjaya menyebarkan racun dalam tempoh enam bulan.Dia meninggal dunia Mac 1978 selepas menunjukkan simptom leukemia tanpa sebarang tanda keracunan.“Pembunuhan ini amat berjaya kerana ia menyebabkan aktiviti pejuang terhenti, terutamanya merampas pesawat,” jelas Klien.Menurut Klien, kemampuan Mossad melakukan peracunan berkesan apabila ejen-ejen Israel pada 1997 menyuntik pemimpin Hamas, Khaled Mashaal dengan racun yang boleh menyebabkan beliau mati dalam tempoh 24 jam.Bagaimanapun komplot tersebut berjaya dikesan sehingga Jordan memaksa Israel memberikan antidot bagi menyelamatkan nyawa Khaled.Sejak kematian pemimpin Palestin, Yasser Arafat pada 2004, terdapat khabar angin mengatakan bahawa beliau telah mati diracun oleh ejen Israel.

Tiada ulasan: