Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 7 Mei 2006

KEKUASAAN ALLAH TERBUKTI

Lebih 1,000 orang mati setiap tahun

SEPANJANG April dan Mac lalu, beberapa kejadian petir berlaku sekitar negara ini yang turut menyebabkan kematian. Sebenarnya, petir menyambar setiap hari dengan kekerapan 100 kali setiap saat.Secara relatif, kebarangkalian kejadian petir di kawasan tropika lebih tinggi berbanding kawasan bergaris latitud tinggi (kawasan utara dan selatan). Ia mungkin berkaitan dengan pembentukan awan kumulusnimbus yang lebih produktif di kawasan tropika (seperti Malaysia).Berbanding ribut atau taufan, lebih banyak kematian dicatat disebabkan petir. Di Amerika Syarikat saja, setiap tahun 100 orang mati dipanah petir dan jumlah yang sama dicatatkan di Eropah. Jika dilihat secara global pula, petir membunuh lebih 1,000 orang setahun dan mungkin lebih.Pensyarah Klimatologi, Program Geografi, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ramzah Dambul, berkata secara teorinya panahan petir akan membawa maut kerana suhu teras pembentukan petir adalah antara 30,000 darjah Farenheit (F) hingga 50,000 darjah F.“Secara relatif, suhu ini lebih panas daripada permukaan matahari. Apabila petir itu menyambar, ia sebarkan suhu dan tenaga haba itu ke ruang atmosfera di sekelilingnya. Barangkali suhu sebaran ini tidak setinggi sewaktu petir terbentuk, tetapi ia masih lagi cukup panas.“Sebab itu, sesetengah kes yang disambar petir, mayat boleh jadi rentung dalam tempoh kurang daripada lima saat. Bagaimanapun, ada kes orang yang disambar petir tidak mati. Salah satu sebabnya kerana si mangsa mungkin hanya disambar ‘percikan-percikan sipi’ petir (bukan terasnya),”katanya.Secara saintifik, petir terjadi akibat daripada pergerakan dinamik cas positif dan negatif yang wujud di dalam awan (terutama awan kumulusnimbus yang tepu dengan titisan air). Cas ini pula terhasil apabila dua gumpalan awan bergerak dan bergeser antara satu sama lain. Sama seperti kain halus yang digeser pada kulit, ia akhirnya boleh menghasilkan cas positif dan negatif (yang boleh menarik butiran kertas kecil – seperti kuasa magnet).Kebiasaannya petir akan terjadi ketika dalam keadaan hujan dan guruh yang sedang aktif. Petua yang biasa diamalkan; jika bunyi guruh dan kilau kilat berlaku dalam selang ’30 saat’ (maksudnya, kilat hanya berlaku selepas guruh kedengaran 30 saat sebelumnya), kebarangkalian untuk terjadinya sambaran petir lebih tinggi. Jika ada kejadian guruh dan petir, seelok-eloknya kita hanya keluar rumah selepas 30 minit bunyi guruh yang terakhir didengar.Begitupun, tidak semestinya petir bergantung pada kelebatan hujan.Ramzah berkata, gerakan awan kumulusnimbus adalah dinamik dan jika ada banyak pembentukan cas di awan; ia akan menghasilkan kejadian petir yang lebih aktif.Petir menyambar entiti paling menonjolPETIR menyambar dari atas ke bawah. Ia umpama percikan arus elektrik yang sangat kuat dan selalunya dikaitkan dengan kewujudan cas. Justeru, ia akan cuba menyambar titik-titik tertentu di muka bumi yang mempunyai cas bertentangan. Pensyarah Klimatologi, Program Geografi, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Ramzah Dambul, berkata manusia, rumah dan pokok adalah antara objek yang jadi sasaran petir kerana lazimnya entiti ini boleh jadi ‘titik’ paling menonjol di satu-satu tempat. “Harus diingat percikan arus dalam petir cenderung untuk menyambar titik yang paling tinggi atau menonjol (yang mempunyai cas berlawanan) di sesuatu kawasan,” katanya.Semua alatan elektrik seperti telefon, televisyen mempunyai cas masing-masing dan berpotensi disambar petir.Bagaimanapun katanya, ada ketikanya walaupun menonton televisyen ketika hujan dan petir, tidak pula disambar.Sebenarnya, ini bergantung kepada di mana petir itu berada dan apakah titik entiti di atas muka bumi yang disambar petir untuk alirkan cas. “Petir yang menyambar titik tertentu di luar (misalnya tiang elektrik) boleh mengalirkan casnya di sepanjang kabel dan sampai kepada pengguna elektrik di dalam rumah. Jika ini berlaku, bermakna punca arus elektrik TV kita berada pada rangkaian kabel yang bersambung terus kepada tempat (titik) sambaran petir,” katanya.Jenis-jenis petir: a)‘In-Cloud Lightning’Jenis yang paling biasa. Ia bergerak antara pusat cas positif dan negatif ketika ribut petir. b)‘Cloud-to-Ground Lightning’ Kilat yang datang dari awan yang mengalami ribut petir ke tanah.c)‘Cloud-to-Cloud Lightning’ Kejadian yang jarang berlaku. Ia petir yang bergerak dari satu awan ke awan yang lain.d)‘Sheet Lightning’ Petir di dalam awan yang memberi seakan cahaya pada awan.e)‘Ribbon Lightning’ Ia terjadi bila percikan ‘cloud-to-ground’ bertiup secara sehala disebabkan angin menjadikan ia kelihatan seperti dua pancaran kilat (bolt) yang sama.f)‘Bead Lightning’ Dikenali juga sebagai "chain lightning," kerana pancaran kilat petir terpecah kepada fragmen disebabkan kecerahan yang berubah-ubah atau disebabkan sebahagian bolt itu ditutup awan.g)‘Ball Lightning’Jarang dapat dilihat, ia terjadi dalam bentuk bola bersaiz buah anggur dan bertahan untuk beberapa saat.

Tiada ulasan: