Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 29 Mac 2009

Karnival Pendidikan Melaka

Sebanyak 30 program pendidikan berkaitan sains dan bahasa disediakan di Karnival Pendidikan Melaka 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, pada 2 hingga 5 April ini. Karnival yang merupakan acara tahunan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun keenam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan mendapat kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri serta Kerajaan Negeri.

Sebanyak 156 unit gerai dan pusat pameran pendidikan disediakan sempena karnival dalam kalangan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) dari seluruh negara. Ia bertujuan untuk memberi pengetahuan terperinci mengenai pendidikan pada zaman sekarang. Golongan pelajar khususnya mereka yang baru tamat pengajian dan mendapat keputusan peperiksaan dapat memperolehi informasi terkini tentang peluang pendidikan yang ditawarkan.

Pengunjung turut berpeluang untuk berhibur dengan kegiatan dan program pendidikan yang disediakan sepanjang empat hari karnival tersebut. Ia termasuk pertandi-ngan pelajar istimewa, acara kompang berkumpulan, demonstrasi sains, pertandingan gubahan, cera-pan langit malam (Angkasa).

Selain itu, turut diadakan pertandingan tulisan khat, sayembara puisi, nazam sekolah berasrama dan pertandingan pakaian tradisional yang disertai kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun. Di samping itu, turut dijalankan bengkel guru sekolah rendah yang disertai 100 guru di bilik seminar anju-ran Pertronsains dan ceramah sains oleh Akademi Sains Malaysia.

Bagi yang berminat untuk menyewa lot gerai, diminta menghubungi urus setia program sebelum 20 Mac ini di talian 016-2020180, untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai program tersebut.

Tiada ulasan: