Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 29 Mac 2009

Umat Islam digesa bangunkan tamadun

SERKAM – Seluruh umat Islam diingat supaya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran yang al- Quran dan sunnah agar mereka dapat bangkit semula bagi mengembalikan kegemilangan tamadun Islam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Ghazale Muhamad berkata, umat Islam kini sedang menghadapi pelbagai cabaran dan persepsi negatif, sekali gus memberi impak kepada kestabilan ekonomi, politik dan sosial negara.

“Masyarakat Islam ditindas dan dikecam oleh mereka yang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan dan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat Islam harus dijadikan iktibar dan kita perlu mencari kele-mahan masyarakat Islam pada hari ini,” katanya pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2009 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Penghulu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Zakaria Abu Bakar. Hadir sama Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar (HEM), Pejabat Pelajaran Daerah Jasin, Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad As-Saiyidah Khadijah, Faridah Ismail dan guru-guru.

Lebih 200 pelajar daripada tiga sekolah turut serta dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul yang dimulakan dari pekarangan SMA Maahad As-Saiyidah Khadijah dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat.

Menurutnya, sambutan Maulidur Rasul yang diadakan itu amat penting bagi memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dan perjuangan baginda. “Baginda telah membawa cahaya kepada seluruh umat Islam di dunia ini daripada hidup dalam kegelapan dan jahiliah kepada umat yang lebih bertamadun.“Keperibadian Rasu-ullah SAW menjadi contoh ikutan terbaik yang dapat menjamin kehidupan cemerlang di dunia mahupun di akhirat dan kelahiran Baginda telah membawa perubahan drastik kepada tamadun manusia. “Di samping, baginda turut mengubah jiwa manusia secara total daripada sifat batil kepada sifat kebenaran,” katanya

Tiada ulasan: