Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 18 Januari 2009

Dari Serkam ke Lembah Pantai (Episod 3)

Hari ini banyak juga input yang dapat kuambil malahan satu benda yang cukup baru bagi diriku dalam usaha untuk mengenali dengan lebih dekat personaliti serta persepsi pelajar terhadap orang yang bergelar ustaz dan ustazah. Bukan nak kata tak kenal dan tak tau tapi kurang-kurang segala nostalgia yang pernah menyinggah dalam benak ini seolah-olah kembali menghinggap fikiran ini.
Bahkan bukan setakat mengetahui aspek-aspek yang perlu, aku turut didedahkan dengan pelbagai kaedah serta ilmu yang baru dapat dipelajari. Sebelum ini mengajar sebagai Guru Sandaran Tak terlatih saja, tapi lepas ini insya Allah akan keluar sebagai Guru yang cukup terlatih dan daku berazam akan berusaha dengan bersungguh untuk memajukan diri dan anak bangsaku yang muslim insya Allah

Tiada ulasan: