Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 18 Januari 2009

Dari Serkam ke Lembah Pantai (Episod 2)

sudah 2 minggu daku di perantauan di kota metropolitan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang perguruan, dan macam macam benda baru yang kutemui dan segalanya bakal kugunakan nanti dalam memdidik anak bangsa.

minggu lepas juga daku dikejutkan dengan pelbagai isu yang tak sudah-sudah , bermula dengan penarikan diri salah seorang daripada pelajar DPLI yang telah mendapat tawaran untuk berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tak Terlatih di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan . Namun segalanya tidak mematahkan semangat kerana fikirku mungkin itu rezeki dia kesana dan kadang rasa rugi pun iye juga sebab dah elok berada dalam kelompok yang mungkin akan dapat jawatan tetap dan berpencen tapi dek kerana nak kejarkan ganjaran dan pulangan yang lumayan yang datang hanya sekali sahaja segalanya ditinggalkan.

apa pun kuucapkan selamat buat temanku yang telah membuat pilihan sendiri. Bagi diriku ianya hanyalah cabaran sebentar sahaja dan tak melukakan sedikitpun keazamanku . Insya Allah akan kuteruskan cabaran ini hingga ke akhirnya nanti.

Tiada ulasan: