Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 26 Ogos 2008

TANGANI AHLI DUA PARTI

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Akta Pertubuhan 1966 yang diguna pakai di negara ini sudah memadai untuk mengawal kewujudan ahli-ahli palsu yang wujud dalam parti politik.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung berkata, Seksyen 14 akta itu mensyaratkan parti terbabit mengemukakan senarai yang benar dan lengkap setiap tahun mengenai pemegang jawatan dan bilangan ahli-ahli parti berkenaan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Beliau berkata, Seksyen 15 akta itu pula memberikan kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran parti-parti yang sengaja menyembunyikan kewujudan ahli- ahli palsu.'Peruntukan ini juga memberi hak kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendenda pemegang jawatan dan bekas kepimpinan parti sekiranya terbukti melakukan kesalahan berkenaan," katanya menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kok Wai bertanyakan langkah kerajaan bagi mengatasi ahli palsu dalam parti politik serta hukuman terhadap mereka yang bertanggungjawab.Chee Heung menambah, kerajaan sedang mengkaji dan menyemak semula akta berkenaan supaya ia lebih mantap dan selaras dengan kehendak semasa.Beliau berkata, semakan itu yang turut melibatkan Seksyen 14 dan 15 berhubung tindakan terhadap parti yang mempunyai ahli palsu dijangka siap pada tahun 2010.Menjawab soalan tambahan Kok Wai yang mendakwa terdapat 900,000 orang ahli palsu dalam MCA, beliau berkata, fenomena itu melibatkan semua parti politik termasuk DAP.

''Isu ahli palsu tidak kedengaran dalam DAP berikutan parti ini tidak begitu demokratik sehingga menyebabkan tiada anggota yang berani bersuara mengenai perkara ini.''Parti lain pula lebih bersikap terbuka apabila memberi peluang kepada anggota untuk mengesahkan sama ada mereka ini betul-betul menjadi ahli parti politik berkenaan," ujarnya.

Tiada ulasan: