Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 26 Ogos 2008

SIAPA NAK BAYAR NIE ?? UMNO DAN BN WAJIB BAYAR

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Disember tahun lalu ialah RM266.7 bilion.Daripada jumlah itu, kata Perdana Menteri, RM247.1 bilion atau 92.7 peratus ialah hutang daripada sumber dalam negeri dan baki RM19.6 bilion (7.3 peratus) adalah hutang daripada luar negara.

''Hutang luar adalah kecil selaras dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan pinjaman berbentuk berkenaan bagi mengurangkan risiko pertukaran mata wang asing," katanya.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.Menurut Perdana Menteri, pihak luar yang memberikan pinjaman kepada kerajaan ialah Bank Pembangunan Islam (IDB), Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Dunia dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC).

"Bagaimanapun, bagi pinjaman pasaran yang dibuat melalui terbitan bon, pemiutang sukar ditentukan kerana bon diurus niaga di pasaran setiap hari," ujarnya.Dalam pada, kata beliau, Kerajaan Persekutuan juga memberi pinjaman kepada syarikat kerajaan, badan berkanun, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan koperasi."Sehingga 31 Disember lalu, jumlah hutang pihak terbabit dengan Kerajaan Persekutuan ialah RM50.8 bilion," katanya.
komen :
pergh.. banyak gila hutang kerajaan nie ... kalau sesikit boleh lah sama-sama shere bayar nie dah sampai bilion nie saper yang nak bayar ?? nak suruh PR bayar .. PR bukan ada duit nak bayar pun .

Tiada ulasan: