Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 18 Ogos 2008

ERM... BUDAK UITM BUAT DEMO ??

assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua
pada kali ini saya cuma nak buat ulasan sahaja mengenai demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar uitm diseluruh negara disebabkan cadangan MB selangor Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka peluang 10 peratus kemasukan bukan bumiputera kedalam pengajian dikampus berkenaan . terdapat beberapa persoalan yang saya rasa perlu penjelasan yang jelas.

pertama sekali saya rasa janggal mengenai demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar UITM (Universiti Teknologi Mara). seingat saya ketika isu ini hangat diperkatakan di media-media massa mengenai tindakan dan syor yang dilakukan.tapi pernahkah adik2ku UITM terfikir bahawa para mahasiswa adalah dilarang melakukan demonstrasi ?? kalau kata dibenarkan para pelajar melakukan demonstrasi , maknanya demonstrasi yang dilakukan menentang pasukan jriket israel yang dilakukan di masjid ar rahman UM pada satu masa dulu juga dibolehkan lah yer ?? betul tak ??

kejanggalan yang kedua, kenapa demonstrasi ini tiada kawalan FRU atau Si Topi Merah ?? adakah FRU yang terkenal dengan bengisnya kini dah jadi pondan siam ?? kenapa demonstrasi di UIA perlu kawalan sedangkan disini tak perlu ??

kejanggalan yang ketiga, kenapa sekarang baru nak berdemo mengenai hak bumiputera?? adakah UITM sahaja milik bumiputera ?? bagaimana pulak dengan IPT yang lain ?? bukan milik bumiputera. kita jangan dok kata orang main api sampai kita sendiri yang main lighter pun tak sedar. Rasanyalah itulah peel orang melayu kite dah terantuk baru terngadah. kenapa masa kemasukan bukan bumiputera di MRSM dan Pusat Giat Mara kita tak bising ??kenapa sekarang baru nak bising?? nampak sangat ada political agent yang menyucuk jarum perkauman yang boleh merosakkan perpaduan rakyat.

kalau macamtu tak gunalah duk buat hari perpaduan dan tak de maknanya perpaduan yang dijalinkan dalam barisan nasional jika semua mementingkan perkauman.Nampak sangat orang kita nie pengecot sangat. dulu masa Tun Dr. Mahathir memerintah dan memasukkan 10 peratus ekuiti orang bukan bumiputera dalam Ipt dan amalkan sistem meretokrasi diuniversiti kenapa tak bantah ?? mana dia yang kata pembela bangsa melayu ?? Bahasa Melayu di MRSM pun tak digunakan sepenuhnya,erm .. kesian tengok.

Nak suh bantu boleh tapi kena buang semangat perkauman dan pegang pada ideologi islam sahaja baru boleh nak muqabalah ke muzakarah ke ..

Tiada ulasan: