Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 11 Ogos 2008

Delima Guru SAR Negeri Johor- Bagai Pungguk Rindukan Bulan

KANCIL dah mula pening apabila memikirkan pelbagai musibah yang menerajang agama dewasa ini.Tuntutan Kesatuan Guru Sekolah Menengah Agama Negeri Johor terhadap Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) masih lagi dalam penyelidikan dan kajian dan entahapaapaentah oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAJ).Objektif kajian adalah untuk memastikan kesinambungan Sukatan Pelajaran Al-Azhari (Arab) terpelihara daripada gangguan politik pada masa akan datang. Namun belum sempat politik datang mengganggu, ekonomi terlebih dahulu menakluki minda guru. Ramai guru SMANJ yang berhenti kerana tak sanggup lagi tunggu dengan tangga gaji yang kecil sedangkan kos hidup yang kian meningkat.

Kononnya JAJ nak cuba pelihara Sukatan Al-Azhar daripada dimusnahkan oleh kuasa politik pemerintah pada masa akan datang, tapi ternyata ketersangatlambatan JAJ menangani masalah ini menyebabkan Sukatan Al-Azhar kini kian tiada guru untuk mengajarnya. Banyak tenaga baru yang lebih gemar menyertai guru sandaran kementerian atau pun JQAF yang pastinya menawarkan ganjaran yang lumayan.Orang atasan JAJ kata sabar dan jihad. Masalahnya guru-guru i'dadi tak tahu nak jihad apa lagi. Tak sempat nak kumpul harta untuk dijihadkan. Maka sekarang ini, sukatan Al-Azharilah yang terjihad.Hilang kisah kuasa politik nak runtuhkan Sukatan Al Azhar, sebaliknya JAJ terlebih dahulu menyumbang kepada keruntuhan agama yang dikendong sejak 1400 tahun dahulu.Apa dah jadi, pening kepala kancil, budak SMRA dan SMA di sekolah ini siapa nak ajar. Nak saja suruh Dato' Zalil Baron, Ust. Mohd. Nasir Hj. Amir atau siapa pun di JAJ itu turun padang mengisi kekosongan guru Arab sekarang ini

Tiada ulasan: