Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 12 Julai 2008

ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 28

assalamualaikum ...
hari nie genap usia ku 28 tahun . dah makin tua rupanya tapi muka still muda lagi nie. ala kulli hal tak kisahlah muda ke tua yang penting amal ibadah yang kulakukan ntah diterima Allah atau tidak. kadang-kadang takut jugak bila fikir. kita sembahyang tonggang-tonggek tapi amalan kita tak diterima Allah .

kemarin puas ku ingatkan pada anak-anak didikku disekolah jaga solat ..jaga ibadat tapi sedih dan sayu hatiku bila mengenangkan anak-anak didikku yang melayu dah tingkatan lima nak ambik peperiksaan spm (sijil Pelajaran malaysia ) masih ada yang tak reti nak solat, yang dari laksana amali solat pun ada, yang tak ke surau dan tidur dalam kelas tutup pintu kelas kunci dari dalam semata-mata tak nak laksana kan solat pun ada gak. kadang rasa terkilan pun ada juga bila melihat gelagat mereka.

agak-agak kat rumah pun macam tu jugak ker ?? atau satu keluarga mereka memang tak pernah solat lima waktu sehari semalam? teringat daku pada firman Allah SWT yang bermaksud sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. mungkin hanya dengan solat saja bagiku dapat mencegah segala kemungkaran.

tapi ini yang kita selalu terlupa dan terleka.manusia mudah lupa.apa-apa pun happy birthday to me !!

Tiada ulasan: