Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 12 Julai 2008

DEDAHLAH JANGAN CAKAP KOSONG JER !!

KOTA BHARU 11 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor bersedia mendedahkan satu 'rahsia besar' mengenai kepincangan parti itu sekiranya pimpinan tertinggi PKR terus-menerus mencabar maruah dan prinsip beliau.Menurutnya, sejak menyertai UMNO, banyak pihak yang menyerangnya secara peribadi termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya dengan melontarkan pelbagai tuduhan dan fitnah."Jika mereka terus-menerus berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak mendedahkan satu rahsia besar dengan bukti yang disimpan selama ini, tunggulah sampai masa ia akan didedahkan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenainya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada ceramah 'Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' di Melor dekat sini malam tadi.

Hadir sama ialah bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Hamdan Taha dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Azmi Ishak.Ezam berkata, penentangannya terhadap PKR bukan bersifat peribadi tetapi berasaskan kepada prinsip perjuangan berlandaskan kepentingan bangsa dan agama yang dilihatnya tersasar daripada perjuangan asal parti itu.Bagi menegakkan prinsip perjuangannya, beliau menegaskan sanggup berhadapan dengan sesiapa sahaja termasuk berdebat dengan Penasihat PKR demi kepentingan dan kesejahteraan bangsa dan agama.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan PKR untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat Isnin ini, Ezam mendakwa, ia hanya gimik politik parti itu.''Langkah itu adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu liwat yang membabitkan Anwar dan bagi membolehkannya mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat,'' jelas Ezam.

Beliau berkata, ia tidak lebih usaha untuk menyelamat kemelut yang dihadapi oleh PKR yang kini semakin tidak dipercayai oleh rakan-rakan pakatan pembangkang seperti Pas dan DAP.

"Untuk menyelamat keadaan yang semakin rapuh itu mereka sengaja menimbulkan isu itu seolah-olah negara sedang menghadapi masalah yang lebih besar dan perlu diberi perhatian segera," katanya.Beliau bagaimanapun yakin cadangan usul tidak percaya itu tidak akan memberi kesan kepada kestabilan negara kerana rakyat pada masa ini sudah pandai menilai kebenaran.Sehubungan itu, Ezam mengingatkan pemimpin Pas supaya berwaspada dan tidak bertindak menyokong Anwar dan PKR."Tak semestinya setiap pemimpin itu bercakap benar, salah juga jika percayakan Anwar 100 peratus.''Ia bertentangan dengan prinsip Islam dalam mencari kebenaran dan penyelesaian sesuatu masalah," katanya.

Komen :
aku tak faham betul lah ngan mat ezam nie. aku dah ikut perkembangan mamat sesekor nie sejak dibangku sekolah walaupun masa tu orang kata zero lah dalam politik tapi lepas era reformasi dan seterusnya sekarang nie pulak era pakatan rakyat lawan barisan nasional yang dah kurang profesional, aku nampak mamat nie pun sebenarnya ada agenda tersendiri dalam hati. Dia sebenarnya parasit yang cukup berbahaya. samalah macam dak epul yang tuduh DSAI liwat dia. Bagi aku, bukan nak nyokong mana-mana pihak , tapi yang benar tetap benar yang salah tetap salah. seolah-olah dia mengeluarkan statemen pada tahun 1998 bahawa pak lah tak leh jadi pm tu dia nak kata DSAI yang layak jadi pee em . tapi lepas di kembali semula ke tong taik nyer semula dia jilat balik apa yang di kahak tuie dengan salahkan PKR dan katakan DSAI tak layak jadi Pee Em. Sebenarnya Dia nak orang angkat dia (ezam) jadi Pee Em.. Hehehe.. aku ingat mamat nie memang dah tak der maruah lah.. dok bukak aib orang tak sedar yang seluar sendiri pun dah terlondeh.

buat kawan-kawan .. firman Allah yang bermaksud jika telah datang sesuatu berita dari orang fasik hendaklah kamu selidiki dahulu kebenarannya. so kita sama-sama check diri kita dan diri orang disekelilng kita. adios .. wassalam

Tiada ulasan: