Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 18 September 2013

Kementerian Pendidikan Iktiraf 24 Sekolah Berprestasi Tinggi

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengiktiraf 24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah bagi kohort empat tahun ini. Ia juga menyaksikan pengiktirafan kali pertama yang diterima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) iaitu SJKT Ladang Rem, Johor. Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengiktirafan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT sehingga kini adalah 115 berbanding sasaran sebanyak 110 sekolah."Menerusi pengiktirafan itu, setiap sekolah akan menerima peruntukan RM700,000 bagi tahun pertama; RM500,00 (kedua) dan RM300,000 bagi tahun seterusnya.

"Selain itu, setiap pengetua, guru besar, uru dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) yang layak akan menerima Bayaran Insentif SBT berbentuk bayaran sekali sahaja (one-off) sebanyak RM1000.00 untuk sekolah menengah dan RM700.00 untuk sekolah rendah. "Ini bermakna pada hari ini kerajaan akan memberikan peruntukan khas berjumlah RM 16.8 juta kepada 24 SBT berkenaan," katanya ketika mengumumkan senarai SBT di sini, sebentar tadi.

Senarai SBT Kohort 4 Tahun 2013

Johor
SK Tengku Mariam
SJKT Ladang Rem
SMK Dato' Penggawa Barat

Kedah
SM Sains Kubang Pasu

Kelantan
SM Sains Machang

Melaka
SK Convent of the Infant Jesus 1 (M)
SMKA Sharifah Rodziah

Negeri Sembilan
SBP Integrasi Jempol

Pahang
SK Convent

Perak
SK Sultan Idris II
SK Marian Convent
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
SBP Integrasi Gopeng

Pulau Pinang
SK Convent Green Lane
SJK (C) Han Chiang
SMKA Al-Irshad

Selangor
SK Taman Megah
SK Bukit Jelutong
SK Sri Petaling
SMA Persekutuan Kajang
SBP Integrasi Rawang

Putrajaya
SK Putrajaya Presint 11 (1)

Kuala Lumpur
SK Convent Bukit Nanas (1)
SJK (C) Kuen Cheng 2

sumber : MyMETRO

Tiada ulasan: