Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 18 September 2013

Bangga Dengan Penjajah ?? Sila Keluar Dari Malaysia

Assalamualaikum .. 

Kawan cuma nak nyatakan pandangan kepada juak-juak yang syok sangat berbangga dengan penjajah dengan mengenepikan peranan para pejuang yang berjuang mempertahankan negara. Pandangan dan saranan kawan supaya mereka nie menilai semula segala kenyataan yang dikeluarkan. Semalam sempat kawan baca beberapa berita yang memberi reaksi berkaitan dengan hasrat membawa pulang mayat bekas setiausaha PKM, Chin Peng. 

Pada kawan, tindakan yang dibuat untuk menghalang daripada membawa masuk mayat chin peng tu dah memang wajar lah kerana jika dilihat daripada salah satu sudutnya, beliau nie semasa hayatnya merupakan salah seorang yang terlibat dengan keganasan komunis di Tanah Melayu. Tapi yang kawan nak ajak mengkome-mengkome berfikir, Chin Peng kita kata dia bukan warganegara Malaysia, bagaimana pula dengan mayat Hendry Gurney pesuruhjaya british di Tanah Melayu yang dikebumikan di bumi Cheras ? Bagaimana pula jasad Francis Xavier yang ditanam di Melaka ?? Bukankah mereka bukan warganegara Tanah Melayu @ Malaysia ? Kalau macam tu minta lah kerajaan british untuk korek semula perkuburan mereka dan bawa balik semula ke England kalau kita kata bumi Malaysia nie tak layak menerima jasad warganegara lain. 

Tak cukup dengan itu ada yang berbangga dengan jasa yang diberikan oleh mereka. Dei macha, korang tak yah nak bangga sangat dengan apa yang telah dibuat. Pernah tak kita fikir apa yang telah dibuat pada ummat islam di Negara Ummat Islam yang lain contohnya di Spanyol, Palestin dan sebagainya sehingga mereka melarat ? Tak payah nak tuding jari pada orang lain tapi nilaikan apa yang berlaku. Pernah tak kita berbangga dengan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu? 

Tak payah nak sembang panjanglah kalau kita rasa perjuangan mereka untuk menimbulkan semangat untuk merdeka dinafikan dan tak perlulah kita nak berbangga sangat merayakan hari merdeka andai jasa bakti mereka kita terus lupakan dan abaikan. Wassalam. 

Tiada ulasan: