Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 10 Julai 2012

Melaka Maju Tapi Bola Hancus

Assalamualaikum ..

Saja nak ulas pasal bola malam- malam nie walaupun tak dapat turun ke stadium selalu untuk menonton perlawanan bola dan hanya banyak ikuti perkembangan di TV dan corong radio tapi terasa juga bila tengok pasukan negeri sendiri yang dah masuk 3 tahun berada dalam lingkungan liga bawahan. Baru baru nie sempat ikuti komen yang diberikan oleh presiden Mafa yang mengatakan Melaka memerlukan untuk tampung kos jurulatih dan gaji pemain –pemain bola sepak Melaka.Nampak sangat macam pemain Melaka nie mahal sangat sampai tak mampu nak dibayar gaji.

Tak rasa terkejut pun bila tengok gaya Ketua Menteri pun jenis orang yang bukan minat bola tapi semenjak Datuk Ali pegang sebagai penaung Mafa nampak dah punca kejatuhan pasukan yang dulunya berada dalam tahap yang cukup mantap. Mana tak nya beliau sendiri tak fokus pada pembangunan bola sepak dan lebih berminat pada perkara –perkara yang tak memeningkan kepala. Beliau lebih berminat pada perkara-perkara seperti silat, menyalak tiap malam dan sebagainya. Nak kata fikir pasal pembangunan bola sepak tu tak taulah.

Kalau betul beliau benar-benar serius nak bangunkan bola sepak, saya nak bertanya, kat mana hilangnya duit peruntukan yang dibekalkan untuk pembanguan bola sepak? Adakah cukup sekadar membina stadium yang disewakan pada orang lain ? Nampak cam membazir saja kan ? Harap-harap pemimpin yang bakal ganti beliau nie akan berikan perhatian sama rata pada semua aspek sukan . Adios .. Wassalam

Tiada ulasan: