Assalamualaikum .. Selamat Malam
Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah yang masih lagi memberi peluang untuk mencoretkan sesuatu isu yang boleh dikongsikan bersama. Pada malam nie nak sentuh sikit pasal Melaka Bebas Asap Rokok. Yer kawan tahu perkara nie dah lama dibangkitkan dan dibahaskan sehingga diadakan kempen secara besar-besaran khususnya di Melaka Negeriku Tercinta.
Kempen punya lah banyak habis duit dan tenaga tapi kesannya bagaimana ? Melaka bebas Asap Rokok Ke? Nampak macam bebas tapi sebenarnya tak bebas lagi dan masih lagi dipenuhi dengan bilangan perokok tegar yang makin hari makin banyak dan melarat. Beberapa tahun yang lepas kalau tak silap kawan, ade dimaklumkan kat TV berkenaan dengan beberapa tempat yang sepatutnya bebas asap rokok dan sekadar menyebut sahaja antaranya MITC, Melaka Sentral, Tesco, Aeon Jusco dan beberapa tempat.
Daripada tinjauan yang kawan lakukan, sebenarnya tahap kefahaman dan keperihatinan rakyat masih ditahap yang lemah dan tak berapa berkesan. Mana tak nya kat mana tempat diwartakan bebas asap rokok , kat situ lah kita akan jumpa puntung rokok yang masih berasap dan tak ketinggalan kotak rokok yang masih berisi. Tak kurang juga beberapa gerai dan pasar mini yang turut menjual rokok.
Sebenarnya untuk mencegah daripada perkara ini berlarutan, pihak kerajaan tempatan sepatutnya mengambil perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini adalah bertujuan mengelakkan gejala ini daripada menular kepada generasi kanak-kanak yang sedang membesar.
Menurut salah seorang guru yang mengajar di sekolah kebangsaan, kebanyakan pelajar belajar untuk mendekati rokok adalah melalui perokok dewasa dan yang paling menyedihkan pelajar darjah 1 di salah sebuah sekolah di kawasan masjid tanah merupakan perokok tegar cilik. Inikah generasi yang ingin kita tinggalkan ? Saja nak ingatkan pada tuan empunya diri dan semua readers , Apa yang kita buat kalau memberi manfaat dan dimanfaatkan oleh orang lain, maka besarlah ganjaran pahala untuk kita tapi jika sebaliknya, tanggunglah dosa atas apa yang kita wariskan. Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan