Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 19 Mei 2012

Perkauman Vs Islamiah ?

Assalamualaikum ..

Dua pilihan yang perlu kita lunaskan dan perlu kita berikan perhatian yang mana satu patut kita bantu dan patut kita sokong. Masing-masing ada pilihan dan masing-masing ada jawapan Cuma pasti ada perbezaan. Sebabnya yang patut kita berikan perhatian ialah terhadap perkara dasar yang menjadi asas pada sesuatu.

Kadang terfikir juga, kenapa kena sokong perkauman ? sedangkan apa yang dibawa oleh nabi SAW bukan perkauman dan menjurus pada sesuatu kaum atau bangsa. Heran juga apa keistimewaan yang akan diperoleh jika aku sendiri menyokong orang yang memperjuangkan ideology perkauman berbanding dengan orang yang berjuang untuk mendaulatkan islam serta menentang penindasan dan penyelewengan.

Satu persoalan yang sangat perlu dirungkai dan diperhalusi sedalamnya. Nak kata sokong ideology perkauman apa yang akan kita peroleh diakhirat ? adakah kita sudi untuk bersama sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang memperjuangkan ideology perkauman atau kita nak bersama-sama dengan Nabi dan Para Sahabat baginda yang cukup mulia yang berjuang mendaulatkan islam.

Mana satu pilihan kita?. Kemarin sempat kawan mengikuti perkembangan terkini politik tanahair . Kawan malas nak sebut pasal Bersih 3.0 ke Bersih 4.0 ke . Yang penting bagi kawan dari segi persediaan kita selepas ini untuk PRU yang ke 13 yang dengar-dengarnya bulan Jun ini. Adakah kita benar-benar bersedia untuk memilih ? Tanya Diri Kita

Tiada ulasan: