Assalamualaikum ..
Saja timbulkan isu ini pada reader semua. Bukan apa sebelum ni kita banyak dengar pemimpin –pemimpin kita yang nak minta kita berjuang atas nama bangsa. Pada aku baik lupakan saja.
Apalah yang boleh dibanggakan nanti depan Allah SWT di akhirat andai kita berjuang bukan kerana Allah tapi kerana bangsa. Kalau kita sorot kembali tragedi yang menimpa ummat islam semasa kejatuhan khilafah islam yang terakhir antara puncanya ialah semangat kebangsaan yang ditiupkan oleh nasionalis sendiri "Arab untuk Arab dan Turki untuk Turki" . Nak bangga lagi dengan kebangsaan ?
Rasanya kalau kita singkap sirah perjuangan Nabi kita Muhammad SAW, Adakah Nabi sendiri berjuang atas nama bangsa atau atas nama agama ? Sebagai muhasabah pada kita sendiri yang mengaku kita ummat Muhammad bukan Ummat Melayu. Begitu juga Amanah yang diberikan oleh Allah pada Nabi , adakah dakwah nabi untuk bangsa Arab Sahaja ?
Kadang-kadang rasa tak senang juga lah bila ade ustaz-ustaz kita para Alim ulama, tok-tok guru yang kata kita kena berjuang atas nama bangsa. Bukan tak boleh tapi agama jangan dijadikan sampingan sehingga menggadaikan prinsip-prinsip agama.
Kita boleh lihat sendiri situasi yang melanda negara kita pada hari ini. Dek kerana terlalu memperjuangkan bangsa maka agama dikesampingkan. Agama hanya dijadikan alat atau wiget sahaja untuk mencapai sesuatu. Lupakah kita pada akujanji kita yang selalu kita lafazkan setiap kali solat dalam doa iftitah ( kot ade yang tak ngafal dan tak berapa nak faham) maksudnya " Sesungguhnya Solat ku , Ibadatku, Hidupku dan Mati Ku hanya Untuk Allah, Tiada Sekutu baginya dan dengan perintah itu aku menjadi orang yang menyerah diri".
Jelas dalam ayat ini dinyatakan bahawa Allah tak ade sekutu dan tidak boleh disekutukan dengan yang lain. Ini juga berkait rapat dengan amalan kita. Bak kata ulama sufi, kalau kita tak faham maksud apa yang kita lafazkan tak sah solat kita. Nah kalau macam tu memang berat tugas dan tanggungjawab kita. Sekadar renungan untuk kita, Berjuang Atas Nama Bangsa tapi Jangan Gadai Agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan