Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 31 Oktober 2011

Realiti Dakwah Masa Kini .. Makin Sukar ?

Assalamualaikum .. salam mesra


saja nak timbulkan persoalan nie dalam blog yang lama dah bertapak dialam maya nie .. sebabnya kalau dilihat realiti masyarakat terutama golongan anak muda dah ramai yang kurang nak dengar tazkirah dari para asatizah dan muallimin .. kadang ada juga dikalangan amilin yang menganggap diri mereka dah cukup hebat untuk bersyarah dikhalayak ramai tapi masalahnya bahan pulak tak cukup . 

Kat mana silapnya yer ? adakah silap dari segi penyampaian isi atau masalah realiti masyarakat sekarang yang mahukan perubahan dari segi penyampaian. Kalau nak dilihat dari segi realitinya pada masa sekarang nie, para daie perlu buat perubahan .. ala orang kata apa transformasi konon istilahnya. Para daie atau tekno-daie masa kini perlu buat perubahan atau transformasi dalam kaedah berdakwah dengan mengenengahkan medium-medium baru dan media baru dalam berdakwah. 

perlu difikirkan juga apa isu yang ingin diketengahkan dalam masyarakat dan jangan main tibai saja mana-mana isu. isu yang nak diketengahkan perlu selari dan sepadan dengan realiti masyarakat pada masa kini supaya mudah untuk difahami dan dirungkai oleh masyarakat. 

kesimpulannya, sebagai seorang daie atau tekno daie banyak kemudahan yang tersedia untuk kita berdakwah tapi jangan pandang mudah gerak kerja dakwah yang memerlukan pengorbanan yang tinggi dan jangan pandang rendah pada apa yang dilakukan oleh orang lain serta mengambil faedah yang boleh membawa masyarakat ke arah kebaikan dan ketaqwaan 


Tiada ulasan: