Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 29 September 2011

Amalan Hudud Era Moden

Assalamualaikum .. salam mesra
Saja nak ulas sikit pasal Hudud yang kebetulan ditanyakan oleh beberapa orang pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pelajar tersebut bertanya adakah sesuai hudud yang digembar-gemburkan pada masa sekarang?

Jawapan saya mudah saja. Islam sebenarnya bersesuaian dilaksanakan disetiap zaman dan begitu juga dengan undang-undang islam termasuklah hudud. sebenarnya kalau nak diikutkan hudud bukan lah satu perundangan buatan manusia bahkan ianya adalah amanah dan tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah untuk dilaksanakan keatas sekalian manusia. Hudud pada asalnya ialah ketetapan perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah keatas manusia dan manusia yang patut mengikut segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah . 

Dalam konteks negara Malaysia, pada pandangan saya untuk melaksanakan hudud sebenarnya perlu perbincangan yang luas dan terbuka dengan melibatkan semua pihak dan diputuskan dalam Parlimen. Jadi kalau nak dilaksanakan di seluruh negara perlulah diputuskan oleh pihak yang berwajib. Hukum Islam untuk orang Islam sahaja tetapi orang yang bukan islam jika mereka nak gunakan juga tidak menjadi paksaan bagi mereka . 

Sebelum perlaksanaan sesuatu hukum, penerangan yang jelas mengenai sesuatu isu perlu dilaksanakan dan diperluaskan keseluruh negara bagi memberikan gambaran dan pemahaman yang jelas mengenai isu yang dibangkitkan . 

Tiada ulasan: