Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 16 September 2010

SYRAT UTAMA WAJIB HAMIL ??

Sekolah Harapan khusus untuk remaja hamil yang sepatutnya dibuka kerajaan negeri hari ini, akan memulakan operasinya esok, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, sekolah itu sepatutnya boleh dibuka pada tarikh dijadualkan, tetapi terpaksa ditunda disebabkan cuti umum sempena Hari Malaysia yang julung kali diraikan.
Katanya, walaupun setakat ini masih belum mempunyai pelajar, dilengkapi kemudahan asrama itu tetap dibuka bermula jam 10 pagi esok.

“Sekolah ini akan memulakan operasinya dan sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan. Segala butiran diri dan maklumat pelajar yang mendaftar di sini akan dirahsiakan pengurusan sekolah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seri Bendahara, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Menyediakan sesi pembelajaran bagi pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima termasuk kemudahan khas bagi pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setakat ini, sekolah terbabit mempunyai lima kakitangan iaitu seorang penyelia, pemandu dan tiga guru yang dipinjam daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 setahun untuk mengendalikan sekolah berkenaan membabitkan tempat tinggal, makanan dan minuman serta kos penjagaan bayi dilahirkan.

Tiada ulasan: