Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 16 September 2010

Bola Melaka Jatuh Standart

FINALIS Piala Malaysia 2009, Kelantan antara negeri yang tidak layak beraksi pada saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) musim depan.

Bagaimana pun, kesahihan berita terbaru daripada kamar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu masih dipersoalkan.

Apa yang pasti, Kelantan adalah antara lima negeri yang dilaporkan tidak layak beraksi pada Liga M musim 2010.

Negeri lain termasuk Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Melaka serta sebuah pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda.

FAM menjelaskan, keenam-enam pasukan tersebut telah gagal memenuhi syarat kelayakan ditetapkan oleh badan induk bola sepak negara itu termasuk tunggakan gaji serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) para pemainnya sehingga tarikh tutup pendaftaran Sabtu lalu.

Selain itu, dua pasukan berstatus kelab iaitu UPB-MyTeam dan Proton FC turut tidak akan menyertai saingan Liga M 2010 setelah mereka memilih untuk menarik diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Che Mat Jusoh mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

"Pasukan-pasukan yang layak beraksi pada Liga Super 2010 ialah Selangor, Perlis, Kedah, Johor FC, Terengganu, KL Plus, Harimau Muda A, Negeri Sembilan, KM Naza, Johor dan T-Team.

"Sekiranya bilangan 11 buah pasukan ini kekal sehingga waktu kita membuat jadual perlawanan, kita akan pilih satu pasukan daripada Liga Perdana yang berkelayakan untuk menjadikan 12 pasukan semuanya.

"Bagi Liga Perdana 2010 pula, sebanyak 10 pasukan layak beraksi iaitu PDRM, Kuala Lumpur, ATM, Sabah, PKNS, Felda United, Pos Malaysia, Tambun Tulang, Harimau Muda B dan Sarawak.

"Secara keseluruhannya, tanpa enam pasukan yang tidak memenuhi syarat dan dua pasukan yang menarik diri ini, Liga M 2010 tidak akan terganggu kerana kita masih mempunyai pasukan mencukupi," katanya ketika ditemui semalam.

FAM sebelum ini menetapkan 14 Oktober lalu sebagai tarikh akhir pendaftaran pasukan untuk Liga M 2010 tetapi kemudian memberi lanjutan sehingga 31 Oktober bagi membolehkan beberapa pasukan melengkapkan permohonan mereka.

Bagaimanapun, Che Mat menjelaskan, keputusan JKPT FAM itu tetap tertakluk kepada penetapan akhir oleh Majlis FAM yang akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat ini.

"Ini adalah keputusan yang dibuat JKPT kerana mengikut peraturan, enam pasukan ini memang tidak layak untuk didaftarkan bagi musim 2010 kerana mereka tidak memenuhi syarat yang ditetapkan walaupun FAM telah memberikan surat ulangan kepada mereka.

"Jadi kita akan kemukakannya kepada Majlis FAM untuk tindakan selanjutnya," jelas Che Mat yang juga merupakan Naib Presiden FAM.

Ditanya adakah UPB-MyTeam dan Proton FC akan didenda kerana menarik diri, Che Mat berkata: "Tindakan dan hukuman akan dibincangkan kemudian. Tapi jika mereka mahu kembali menyertai Liga M pada masa akan datang, kena bermula dari bawah iaitu Liga FAM."



Sumber : Kosmo.com.my

1 ulasan:

armouris berkata...

info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan di Padang Bola Sepak