Assalamualaikum .. salam sejahtera buat semua
semalam saya bersama rakan-rakan sejawat di SEMESRA telah menyertai satu perhimpunan hari guru bagi peringkat Negeri yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Alhamdulillah majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan baik cumanya ade gak rasa terkilan sikit bila tengok gelagat guru-guru yang sama-sama menyertai program tersebut. Mana taknya , gelagat guru-guru nie bukan nak kata apa lah tapi macam tak matang pun ade gak sebabnya kalau kat sekolah kita selalu ingatkan supaya pelajar kita lebih berdisiplin dan mengikut peraturan apabila berada dalam satu-satu majlis rasmi.
Tapi apa yang saya lihat, di depan mata kepala saya dan rakan rakan, perlakuan guru-guru nie tak semacam seorang guru, macam budak-budak sekolah rendah pun ada gak. Sampai-sampai saja kat meja makan , kami pun duduk .. duduk releks tenangkan fikiran , tapi bila tengok khemah sebelah, dah mula start enjin dah .. tak tunggu ketibaan MB ke pengumuman dijemput makan ke doa ke. Main belasah aja. saya dan kawan-kawan yang lain pakat geleng kepala aja bila tengok apa yang berlaku. Majlis rasmi tapi diorang buat macam kenduri kawin pulak.Dah lah tak ikut protokol majlis masa mawi buat persembahan pun sibuk nak enterframe. Ish3.. diorang nie .. kat manalah perginya maruah diri sampai mudah sangat nak serahkan diri macamtu saja. Macam orang gila meroyan dibuatnya .. terkinja-kinja kat atas pentas, Kot yer pun minat mawi takkanlah sampai macamtu sekali.
Tak cukup ngan itu, sewaktu sesi ucapan disampaikan, mereka mula bangun dan berangkat balik keluar meninggalkan majlis. Agak-agaklah kalau kat sekolah anak murid buat kita macam tu pasti kita akan kata kurang ajar dan kurang sopan serta kita marahkan pulak pelajar sebab tak da disiplin. Cikgu cerminlah diri tu sikit. Saya yang baru sangat menjadi guru nie pun tahu adab dan protokol majlis rasmi. Jangan salahkan murid kalau murid berlaku kurang ajar dan kurang beradab semasa dalam majlis sebabnya kita pun sama buat perkara yang sama terutama dalam majlis yang dihadiri oleh YAB MB dan EXCO kerajaan negeri. Kalau rasa tak minat nak dengar tu duduk lah hormati majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan