Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 30 Jun 2010

Penjara Pudu Warisan Koloni British

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menolak tanggapan bahawa Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun adalah sebuah bangunan warisan.Beliau berkata, sesuatu yang dianggap warisan mestilah mempunyai ciri-ciri kebangsaan yang besar nilainya, ciri-ciri sejarah yang membentuk masyarakat serta nilai estetika dan nilai seni bina.“Penjara semata-mata bukanlah satu warisan yang boleh melonjakkan nilai nasional atau nilai estetika. Namun demikian bagi mereka yang mempunyai kerinduan di zaman lampau, kita boleh menggunakan pintu gerbang sebagai satu preservasi,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 bagi warga kementerian itu di Istana Budaya, di sini, semalam.

Rais berkata, Uda Holdings Berhad bebas membuat sebarang pembangunan di tapak penjara itu tetapi kementerian mahu pintu gerbang penjara itu dirizabkan.Minggu lalu, tembok Penjara Pudu sudah dirobohkan kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membina laluan bawah tanah di Jalan Pudu. Penjara Pudu dibina pada 1895. - 

sumber : Bernama

komentar : 
Pada pandangan saya, Datuk Rais kena belajar dengan Datuk Ali Rustam bagaimana cara untuk mengekalkan bangunan warisan yang rasanya boleh dijadikan salah satu daripada tarikan pelancong. Bangunan Penjara Pudu adalah bangunan warisan penjajah british yang masih tinggal sebenarnya dan sewajarnya dijadikan bahan warisan sejarah sepertimana tinggalan kota A-Farmosa. Tetapi andai kata keputusan yang dibuat untuk kemaslahatan semua adalah wajar dipertimbangkan sama ada ianya perlu dikekalkan atau tidak sebagai warisan sejarah. 

Tiada ulasan: